Nama AM: Albizia

Kegunaan

Apakah kegunaan Albizia?

Albizia ialah sejenis herba yang ditemui di selatan dan timur Asia. Ia digunakan untuk keadaan perubatan berikut seperti:

  • Kebimbangan (anxiety)
  • Kanser
  • Depresi
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Sakit tekak
  • Memperbaik mod
  • Mengurangkan bengkak disebabkan luka

Albizia digunakan pada kulit untuk merawat gigitan serangga, jangkitan kulit (boils dan abses), ulser, patah tulang dan terseliuh.

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Albizia?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Albizia selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Albizia?

Albizia menyebabkan rasa mengantuk semasa menggunakannya

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Albizia?

Albizia mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Albizia yang biasa digunakan?

Goncang sebelum guna. Dos yang disyorkan ialah 20-30 titik, 3 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Albizia?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair 32 auns

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda