Akar Maca

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Akar Maca?

Maca adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di tengah Peru di dataran tinggi Pergunungan Andes. Akarnya biasa digunakan untuk membuat ubat.

Orang mengambil akar maca melalui mulut untuk:

  • Anemia
  • Sindrom kelesuan kronik (CFS)
  • Meningkatkan tenaga, stamina, prestasi sukan, dan ingatan
  • Ketidakseimbangan hormon wanita, masalah menstruasi, gejala menopaus, meningkatkan kesuburan, dan disfungsi seksual yang disebabkan oleh antidepresan, tulang lemah (osteoporosis), kemurungan, kanser perut, leukemia, HIV / AIDS, tuberkulosis, disfungsi erektil (ED), meningkatkan libido dan untuk meningkatkan sistem imun.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana akar maca ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa akar maca mengandungi banyak bahan kimia, termasuk asid lemak dan asid amino.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Akar Maca?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok maca atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Akar Maca selamat digunakan?

Akar maca kemungkinan besar selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil dalam jumlah yang terdapat dalam makanan. Akar maca mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang lebih besar sebagai ubat (sehingga 3 gram setiap hari) selama 4 bulan. Ia didapati boleh diterima dengan baik oleh kebanyakan orang.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan akar maca adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Keadaan sensitif hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Ekstrak dari maca mungkin bertindak seperti estrogen. Jika anda mempunyai apa-apa keadaan yang mungkin menjadi lebih teruk dengan pendedahan kepada estrogen, jangan gunakan ekstrak ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Akar Maca?

Produk akar maca ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Akar Maca?

Akar Maca mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Akar Maca yang biasa digunakan?

Dos untuk produk akar maca ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Akar Maca?

Produk akar maca ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Suplemen Herba Akar Maca (kapsul)
  • Serbuk Mentah Akar Maca Organik yang diiktiraf
  • Ekstrak Cecair Akar Maca

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.