Nama AM: Agaricus Mushroom

Kegunaan

Apakah kegunaan Agaricus Mushroom?

Cendawan agaricus ialah fungus yang ditemui di Brazil, China dan Jepun. Ia digunakan untuk keadaan perubatan berikut seperti:

  • Kanser
  • Diabetes jenis 2
  • Kolestrol tinggi
  • Arteri menjadi keras (arteriosklerosis)
  • Penyakit hati yang berterusan
  • Gangguan aliran darah
  • Masalah penghadaman
  • Penyakit jantung
  • Tulang melemah (osteoporosis)
  • Ulser perut

Ia juga digunakan untuk merangsang sistem imun dan untuk tekanan fizikal dan mental.

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukka bahawa cendawan agaricus mengandungi bahan kimia yang mungin boleh meningkatkan penggunaan insulin oleh badan dan mengurangkan rintangan insulin bagi orang yang menghidapi diabetes jenis 2. Sebahagian kajian juga mengatakan bahawa ia mungkin mampu menguatkan sistem imun, melawan perkembangan tumor dan berfungsi sebagai antioksida.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Agaricus Mushroom?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Agaricus Mushroom selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Agaricus Mushroom?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Hipoglisemia bagi sesetengah orang yang menghidapi diabetes
  • Kerosakan pada hati
  • Gatal
  • Mual
  • Cirit-birit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Agaricus Mushroom?

Ubat anti-diabetes boleh bertindakbalas dengan herbal ini termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase, PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase) dan lain-lain.

Agaricus Mushroom mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Agaricus Mushroom yang biasa digunakan?

Untuk diabetes

Dos yang disyorkan ialah 500 mg ekstrak cendawan agaricus 3 kali sehari.

Sebagai suplemen diet

Ambil 500 mg kapsul sayuran 2 ke 3 kali sehari bersama air.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Agaricus Mushroom?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul 200 mg/350 mg/500 mg

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda