Aga

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Aga?

Aga ialah sejenis cendawan yang kerap ditemui di AS. Manusia menggunakan bahagian aga yang tumbuh di atas tanah untuk membuat ubat. Ia digunakan dalam hemeopati untuk sakit saraf, demam, kebimbangan, keracunan alkohol dan sakit sendi.

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa aga mengandungi bahan kimia yang membuatkan otak salah faham terhadap apa yang dilihat, dirasa dan didengar oleh badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Aga?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Aga selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Aga?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Mengantuk
  • Keliru
  • Pening lalat
  • Meracau
  • Kematian

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Aga?

Aga mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Aga yang biasa digunakan?

Ekstrak Cecair Aga:

  • Sila goncang sebelum guna.
  • Ambil sekitar 20-30 titik ke 2 auns jus atau air sehingga 4 kali sehari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Aga?

Ia boleh didapati dalam bentuk:

  • Ekstrak Cecair

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018