African Wild Potato

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: African Wild Potato

Kegunaan

Apakah kegunaan African Wild Potato?

Kentang liar Afrika digunakan untuk keadaan perubatan berikut seperti:

  • Gangguan saluran kencing termasuk jangkitan pundi kencing (cystitis)
  • Masalah prostat termasuk pembesaran kelenjar prostat (benign prostatic hyperplasia, BPH) kanser prostat
  • Penyakit paru-paru
  • Tuberkulosis
  • Artritis
  • Keadaan kulit yang digelar psoriasis
  • Melengahkan simptom-simptom AIDS

Sesetengah orang menggunakan kentang liar Afrika secara langsung ke atas kulit untuk menggalakkan pemulihan luka.

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kentang liar Afrika mengandungi hypoxoside dan phytochemicals. Hypoxoside membantu melindungi badan dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan banyak penyakit. Phytochemicals pula bertindak sebagai antioksida di dalam badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil African Wild Potato?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah African Wild Potato selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun)

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan atau dos yang efektif dan penggunaannya untuk kanak-kanak tidak digalakkan.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan African Wild Potato?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Mual
  • Ketidakhadaman
  • Gas
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Kemungkinan kesan sampingan seksual seperti masalah menghasilkan ketegangan atau kurang keinginan pada seks
  • Kurang penghasilan sel-sel darah
  • Degupan jantung tidak sekata

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan African Wild Potato?

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Ubat untuk diabetes melalui mulut atau insulin
  • Ubat HIV/AIDS atau antiretroviral yang lain
  • Ubat yang dimetabolisme oleh cytochrome p450 dan 3a4
  • Ubat nefrotoksik (merosakkan buah pinggang)

African Wild Potato mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos African Wild Potato yang biasa digunakan?

Untuk pembesaran kelenjar prostat (BPH):

Kentang liar Afrika yang mengandungi 60 ke 130 mg beta-sitosterol yang dibahagikan kepada 2-3 dos sehari.

Untuk kanser paru-paru:

1200-3200 mg ekstrak pokok Hypoxis yang telah diselaraskan (kapsul 200 mg) sehari dibahagikan kepada 3 dos yang diambil melalui mulut.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan African Wild Potato?

Ia boleh didapati dalam bentuk:

  • Kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.