Nama AM: Adrue

Kegunaan

Apakah kegunaan Adrue?

Adrue ditemui di Jamaica dan di tebing sungai Nil. Ia kebiasaannya digunakan untuk merawat masalah penghadaman seperti:

  • Muntah
  • Mual
  • Sakit perut (colic)
  • Gas

Ia turut digunakan sebagai agen penenang (sedatif).

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Adrue?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doctor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Adrue selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun)

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan atau dos yang efektif untuk kanak-kanak.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Adrue?

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Adrue?

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Agen anti-sawan
  • Benzodiazepines seperti lorazepam (ativanĀ®) atau diazepam (valiumĀ®)
  • Barbiturates seperti Phenobarbital
  • Narkotik seperti codeine
  • Alkohol

Adrue mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Adrue yang biasa digunakan?

Ekstrak Cecair Adrue (Cyperus articulates) 2 auns 60ml:

Ambil 30 titik (1 ml) ekstrak 3:4 pekat 2-3 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh profesional kesihatan.

Di samping itu, akar adrue boleh direndam di dalam air panas dan dijadikan teh.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau penjual herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Adrue?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak Cecair Adrue (Cyperus articulates) 2 auns 60ml

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda