Adrenal Extract

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Adrenal Extract

Kegunaan

Apakah kegunaan Adrenal Extract?

Ekstrak adrenal ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan daripada kelenjar adrenal lembu, khinzir dan kambing biri-biri yang telah disembelih. Herba ini diambil melalui mulut, diletak di bawah lidah dan disuntik ke dalam vena.

Melalui mulut, ia kebiasaannya digunakan untuk merawat:

  • Fungsi adrenal rendah
  • Letih
  • Tertekan
  • Daya tahan yang lemah terhadap penyakit
  • Alahan yang teruk
  • Asma
  • Beberapa keadaan kulit seperti ekzema dan psoriasis
  • Artritis reumatoid

Ia diletakkan di bawah lidah untuk merawat:

  • Tekanan fizikal atau emosi
  • Lemah daya tahan terhadap tekanan
  • Letih
  • Alahan
  • Penyakit autoimun
  • Depresi
  • Sakit dan bengkak (radang)
  • Tekanan darah rendah
  • Kadar gula rendah
  • Kesan penarikan ubat dan alkohol
  • Pemberhentian ubat kortison

Ekstrak adrenal disuntik untuk merawat:

  • Fungsi adrenal rendah
  • Kadar potassium tinggi di dalam darah
  • Ulseratif kolitis
  • Mencegah keguguran

Ekstrak adrenal mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kelenjar adrenal berada di atas buah pinggang. Ia mengawal respon badan terhadap tekanan dengan menghasilkan hormon termasuk adrenalin dan kortisol. Manusia menggunakan ekstrak adrenal yang diambil dari haiwan dengan harapan ekstrak tersebut akan berfungsi seperti kelenjar adrenal di dalam badan. Tetapi tidak diketahui jika badan manusia boleh meresap ekstrak adrenal atau bagaimana ia berfungsi.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Adrenal Extract?

Sebelum mengambil , sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Adakah Adrenal Extract selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Pembedahan

Berhenti mengambil ekstrak adrenal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Adrenal Extract?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Kebimbangan (anxiety)
  • Cepat marah
  • Insomnia
  • Masalah usus seperti mual dan muntah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Adrenal Extract?

Adrenal Extract mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Adrenal Extract yang biasa digunakan?

Dos yang disyorkan ialah kapsul 350mg sehari bersama air sebagai suplemen diet.

Dos untuk suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Adrenal Extract?

Ekstrak adrenal boleh didapati dalam bentuk:

  • Kapsul 350mg

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.