Adder's Tongue Amerika

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Adder’s Tongue Amerika?

Adder’s Tongue Amerika adalah sejenis tumbuhan. Daun dan akarnya yang berisi digunakan dalam pembuatan ubatan herba. Ia digunakan sebagai ramuan bagi merawat ulser kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan daun Adder’s Tongue Amerika membantu melegakan dan melembutkan kulit apabila digunakan secara terus ke atas kulit.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Adder’s Tongue Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Adder’s Tounge Amerika atau ubatan herba lain seperti bunga tulip, bakung (lili), dan tumbuhan berkaitan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Adder’s Tongue Amerika selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan Adder’s tongue Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Adder’s Tongue Amerika?

Ia boleh menyebabkan reaksi alahan seperti ruam apabila herba ini digunakan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Adder’s Tongue Amerika?

Adder’s Tongue Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Adder’s Tongue Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba lazimnya tidak selamat sepenuhnya. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Adder’s Tongue Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019