“Jangan minum air manis banyak sangat. Nanti kena potong kaki!”
Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group
“Jangan minum air manis banyak sangat. Nanti kena potong kaki!”
Itu adalah ungkapan yang selalu berlegar dalam kalangan masyarakat. Bagaimana kencing manis menyebabkan kaki terpaksa dipotong? Keadaan itu disebut sebagai diabetic foot atau kaki diabetes.
Diabetes boleh menjejaskan kaki melalui 2 keadaan:
1. Neuropati diabetes. Kadar gula di dalam darah yang tidak dikawal berpotensi merosakkan urat saraf. Jika bahagian kaki dan tangan terjejas, pesakit akan hilang rasa panas, sejuk dan sakit. Kesannya, luka dan kecederaan yang berlaku tidak akan diendahkan serta tidak diuruskan sehingga berlaku jangkitan.
Otot-otot pada kaki juga mungkin tidak berfungsi dengan baik disebabkan urat saraf yang rosak. Keadaan ini menyebabkan kaki tidak lurus dan sejajar seperti kedudukan biasa. Kedudukan ini menyebabkan ada bahagian yang menerima tekanan lebih daripada bahagian lain sehingga berlaku ulser.
2. Penyakit vaskular periferal. Diabetes menjejaskan peredaran darah. Tanpa bekalan darah yang baik, luka akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Salur darah kecil yang terletak di bahagian hujung (periferi) badan seperti tangan dan kaki kerap terkesan. Ia disebut sebagai penyakit vaskular periferal.
Walaupun luka atau ulser kecil, ia adalah bahaya bagi pesakit diabetes kerana mereka mengambil masa yang lama untuk pulih. Tambahan pula, sistem ketahanan yang lemah membuatkan jangkitan lebih mudah berlaku. Daripada luka biasa boleh merebak menjadi besar. Lebih parah, jangkitan masuk ke dalam darah sehingga menjejaskan organ-organ lain di dalam badan. Dalam kes seperti ini, kaki mungkin terpaksa dipotong.
Disebabkan risiko yang ada pada pesakit, penjagaan kaki adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk dan untuk mengelakkan kaki terpaksa dipotong!
Perkara berikut boleh dilakukan sebagai langkah penjagaan kaki:
Pesakit diabetes tidak seharusnya dibiarkan sendirian kerana kebatasan yang ada untuk menjaga diri sendiri. Selain langkah-langkah di atas, pastikan kawalan gula di dalam darah berada di tahap yang baik.
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen