Insulin adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Kekurangan insulin atau ketidakupayaan untuk bertindak balas dengan insulin boleh mendorong kepada perkembangan simptom diabetes.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Insulin adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Kekurangan insulin atau ketidakupayaan untuk bertindak balas dengan insulin boleh mendorong kepada perkembangan simptom diabetes.
Bagi diabetis jenis 1, tubuh tidak berupaya menghasilkan insulin secukupnya untuk mengawal paras glukosa dalam darah. Tanpa adanya insulin, kebanyakan sel-sel tubuh tidak dapat mengambil glukosa dari darah. Disebabkan itu, pesakit diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin untuk mengimbangi keperluan insulin dalam badan mereka.
Manakala bagi diabetes jenis 2, tubuh tidak bertindak balas dengan berkesan terhadap insulin, iaitu dipanggil rintangan insulin. Akibatnya tubuh kurang mampu mengambil glukosa dari darah. Disebabkan itu, mereka yang mempunyai diabetes jenis 2 ini memerlukan insulin akibat pengasilannya oleh pankreas berkurang atau tidak mencukupi. Selain itu, mereka juga perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah mereka.
Jika doktor menetapkan bahawa anda perlu mengambil insulin, ia tidak bermakna anda perlu mengambilnya buat seumur hidup anda. Namun demikian, penghidap diabetes jenis 1, mereka memerlukan insulin tambahan untuk terus hidup. Manakala berbeza dengan penghidap diabetes jenis 2 yang mana insulin digunakan sebagai alat untuk mengawal gula dalam darah, maka insulin digunakan mengikut keperluan badan.
Bagi penghidap diabetes yang beralih daripada suntikan insulin kepada ubat oral harus memastikan keupayaan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi bagi mengekalkan paras gula yang normal. Berikut adalah beberapa contoh di mana pengambilan insulin boleh dihentikan:
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen