backup og meta

Satu Saja Jalan Untuk Mengawal Diabetes, Jawapannya Ada Dalam Artikel Ini, Semak Terus Di Sini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/05/2023

    Satu Saja Jalan Untuk Mengawal Diabetes, Jawapannya Ada Dalam Artikel Ini, Semak Terus Di Sini!

    Kes diabetes semakin meningkat, namun kebanyakannya boleh dielakkan dengan mengamalkan diet diabetes yang sihat. Jika pesakit ingin melakukan diet kencing manis, ini bermakna pesakit perlu makan makanan yang sihat, berkhasiat dan juga dapat meningkatkan tenaga serta mood anda.

    Anda tidak perlu meninggalkan gula-gula sepenuhnya atau hanya mengambil makanan yang tidak enak semata-mata. Akan tetapi, anda masih dapat menikmati makanan tanpa rasa lapar atau kebulur.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Diet diabetes dapat mengawal penyakit ini 

    Sama ada anda cuba untuk mencegah atau mengawal diabetes, perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan adalah menurunkan sedikit berat badan.

    Turun hanya 5% hingga 10% daripada jumlah berat badan boleh membantu anda mengurangkan gula, tekanan darah dan kadar kolesterol di dalam darah.

    Kehilangan berat badan dan makanan sihat diet diabetes juga boleh memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi serta tenaga. 

    Tidak terlalu lewat untuk mendapatkan perubahan yang positif, walaupun anda sudah mendapat diabetes. Asasnya adalah anda mampu mengawal kesihatan diri lebih daripada yang difikirkan.

    Mengambil berat tentang lemak perut

    diet diabetes

    Anda berisiko tinggi jika cenderung mempunyai berat badan di sekitar perut berbanding pinggul dan paha kerana banyak lemak perut mengelilingi organ di dalam abdomen.

    Anda berisiko mendapat diabetes jika: 

    1. Seorang wanita dengan ukur lilit pinggang 35 inci atau lebih.
    2. Seorang lelaki dengan ukur lilit pinggang 40 inci atau lebih.

    Kalori diperolehi dari fruktosa yang terdapat dalam minuman bergula seperti soda, tenaga dan minuman sukan serta makanan yang diproses. Sekali gus cenderung untuk menyebabkan lemak terkumpul pada perut.

    Mengurangkan makanan bergula boleh membuatkan pinggang yang ramping serta risiko yang lebih rendah bagi penyakit diabetes.

    Memahami pemakanan sihat untuk diabetes

    Walaupun senaman adalah penting, apa yang anda makan mempunyai kesan terbesar terhadap penurunan berat badan dan pengawalan diet diabetes.

    Tetapi diet diabetes tidak perlu menjadi rumit.

    Keperluan pemakanan anda adalah kebanyakannya sama. Jadi tidak ada makanan yang khusus diperlukan. Anda hanya perlu memberi perhatian kepada beberapa jenis makanan terutamanya karbohidrat.

    Baca juga:

    diet kencing manis

    1. Lemak sihat dari kacang mentah, minyak zaitun, minyak ikan, biji flaks, susu, atau avokado.
    2. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar. 
    3. Bijirin tinggi serat dan roti yang dihasilkan daripada bijirin atau kekacang.
    4. Ikan dan kerang, ayam kampung organik atau ayam belanda
    5. Protein berkualiti tinggi seperti telur, kacang, susu, keju, dan yogurt tanpa gula.

    Kurangkan pengambilan

    diet kencing manis

    Terdapat beberapa makanan yang anda perlu dikurangkan dalam diet kencing manis. 

    1. Lemak trans yang diperoleh daripada makanan bergoreng celur.
    2. Makanan segera terutamanya yang tinggi gula, kerepek dan pencuci mulut.
    3. Roti putih, bijirin bergula, pasta halus atau beras.
    4. Daging yang diproses dan daging merah daripada lembu yang diberi makan dengan antibiotik, hormon pertumbuhan dan GMO.
    5. Produk rendah lemak yang telah digantikan dengan gula tambahan, seperti lemak yogurt.

    Karbohidrat mempunyai kesan yang besar terhadap kadar gula darah – lebih dari lemak dan protein – maka anda perlu bijak memilih jenis karbohidrat yang anda makan untuk elakkan diabetes. 

    Menumpukan perhatian kepada kompleks karbohidrat tinggi serat -juga dikenali sebagai karbohidrat pelepasan lambat. Ia dicerna lebih perlahan. Dengan itu menghalang tubuh anda daripada menghasilkan banyak insulin

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan