backup og meta

Vaksin Pneumokokkal: Apa yang Perlu Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    Vaksin Pneumokokkal: Apa yang Perlu Anda Tahu

    Penyakit pneumokokkal (pneumococcal) adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae yang menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak tetapi ia lebih kerap memberi kesan kepada kanak-kanak dan orang tua. Bakteria boleh membawa pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru (pneumonia), meningitis (keradangan membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan sinus) otitis media (jangkitan telinga tengah).

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan antara 3.4 hingga 6.8% daripada 8.8 juta kematian kanak-kanak global 5 tahun ke bawah pada tahun 20018 adalah disebabkan oleh jangkitan pneumokokkal.

    Di Malaysia, kekerapan pneumonia dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima adalah antara 28% dan 39%. Ini adalah penyebab kematian keenam di Malaysia dengan 5% kematian pada tahun 2018 disebabkan olehnya.

    Kenapa Perlu Vaksin Pneumokokkal?

    Jangkitan pneumokokkal paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, warga tua (terutamanya yang berusia melebihi 65 tahun) serta mereka yang mempunyai keadaan perubatan kronik. Kebanyakan jangkitan ini serius dan boleh menyebabkan kemasukan ke hospital, kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian.

    Di Malaysia, penyakit pneumokokkal adalah salah satu daripada penyakit yang boleh dielakkan secara meluas dengan pengambilan vaksin. Oleh kerana penyakit ini boleh membawa maut, langkah-langkah pencegahan seperti vaksinasi adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokkal. Malah, vaksinasi adalah pertahanan pertama. Vaksin boleh membantu melindungi daripada penyakit serius, komplikasi dan menyelamatkan nyawa.

    Bagainama Vaksi Pneumokokkal Berfungsi?

    Streptococcus pneumoniae boleh tersebar dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan daripada orang ke orang apabila terdapat hubungan langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk daripada orang yang dijangkiti. Tidak semua yang terdedah kepada bakteria akan mendapat penyakit pneumokokkal. Sesetengah membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya di hidung dan tekak) tanpa menunjukkan tanda-tanda simptom penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti. Kanak-kanak sangat terdedah kepada jangkitan tersebut.

    Vaksin memberi perlindungan terhadap pelbagai jenis bakteria. Ini bergantung pada jenis yang terkandung di dalam vaksin. Vaksin pneumococcal akan membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadap Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian bakteria yang mendorongkan tubuh untuk membina imuniti terhadap bakteria. Sekiranya orang yang menerima vaksin dijangkiti dengan strain tertentu (serotip) Streptococcus pneumoniae, antibodi ini akan membantu melindungi daripada penyakit.

    Adakah Vaksin Pneumokokkal Selamat?

    Vaksinhanya menggunakan sama ada sebahagian bakteria atau keseluruhan bakteria yang telah dibunuh atau lemah. Oleh kerana ia mengandungi bakteria yang tidak aktif, ia tidak dapat menyebabkan penyakit yang ditanganinya.

    Bagaimana Mencegah Penyakit Pneumokokal Invasif (IPD) Dicegah?

    Cara terbaik untuk mencegah jangkitan adalah melalui vaksin. Walaubagaimana pun, amalan gaya hidup seharian juga adalah penting seperti menjaga kebersihan, mengelakkan tabiat buruk (contohnya merokok), rehat secukupnya, makan makanan seimbang dan aktif secara fizikal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan