backup og meta

Adakah Semua Orang Akan Tumbuh Gigi Bongsu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/01/2023

    Adakah Semua Orang Akan Tumbuh Gigi Bongsu?

    Pernahkah anda berasa sakit kerana terdapat gigi tumbuh pada bahagian geraham anda padahal anda sudah memasuki usia dewasa? Ini kerana, anda mungkin baru tumbuh gigi bongsu.

    Gigi bongsu atau turut dikenali sebagai gigi geraham ketiga adalah gigi yang terletak di rahang atas dan bawah, yang muncul paling akhir. Proses pembentukan benih gigi bongsu bermula sebelum usia 12 tahun dan berakhir pada usia sekitar 25 tahun. Gigi bongsu inilah yang biasanya muncul terakhir, berbanding gigi-gigi yang lain. Waktu kemunculannya ini menyebabkan gigi ini juga dikenal dengan sebutan wisdom teeth.

    Adakah semua orang akan tumbuh gigi bongsu?

    Hakikatnya, tidak semua orang menyedari kewujudan gigi bongsu ini, kerana hanya beberapa orang yang berasa sakit sewaktu tumbuh gigi bongsu. Gangguan kemunculan gigi (impacted tooth) sebenarnya boleh terjadi juga pada gigi-gigi lain, namun paling kerap berlaku pada gigi bongsu. Beberapa kajian bahkan mendapati bahawa 9 daripada 10 orang mengalami gigi bongsu terimpak.

    Umumnya, pada usia tersebut, pertumbuhan rahang telah selesai, sehingga tiada ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu. Akibatnya pertumbuhan gigi bongsu kurang sempurna, disamping kedudukan atau arah yang salah. Keadaan inilah yang kemudiannya menyebabkan timbul rasa sakit sewaktu munculnya gigi bongsu.

    Jika gigi bongsu tumbuh secara normal ke dalam rongga mulut tanpa halangan atau benih gigi terbentuk dalam posisi yang baik serta lengkung rahang cukup untuk menampung gigi bongsu, gigi bongsu sebenarnya sangat membantu dan tidak akan menimbulkan rasa sakit sama sekali. Terutamanya untuk mengoyak dan mengunyah makanan yang keras.

    Bagaimana cara mencegah rasa sakit sewaktu gigi bongsu muncul?

    Anda boleh mengenal pasti dahulu keberadaan gigi bongsu anda dengan merujuk kepada doktor gigi sebelum waktu kemunculannya. Doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan berkala untuk menilai kedudukan dan pertumbuhan gigi bongsu anda sehingga tindakan segera boleh dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.

    Hal ini dapat dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit yang akan dirasakan bila gigi bongsu anda didapati harus dicabut beberapa tahun setelahnya. Mencabut gigi lebih mudah dilakukan pada usia remaja berbanding setelah dewasa. Tambahan pula, masa penyembuhan sewaktu dewasa lebih lama berbanding sewaktu masih remaja.

    Faktor yang mempengaruhi kemunculan gigi bongsu

    Gigi bongsu terdapat 4 batang, kesemuanya terletak pada bahagian kanan, kiri, atas dan bawah rongga mulut bahagian belakang. Namun, dianggarkan terdapat sekitar 25% manusia yang memiliki gigi bongsu kurang daripada 4 batang. Hal ini boleh terjadi kerana gigi bongsu ke-4 mengalami gangguan pada kemunculannya yang mungkin disebabkan oleh:

    1. Masalah genetik

    Gangguan kemunculan gigi bongsu boleh jadi disebabkan ibu bapa si anak memilki lengkung rahang kecil sementara ukuran gigi lebih besar.

    2. Bentuk makanan yang diambil

    Pengambilan makanan lembut kurang merangsang pertumbuhan dan perkembangan lengkung rahang. Ini disebabkan sewaktu mengunyah makanan yang agak keras, otot-otot dalam mulut bergerak, sehingga rahang lebih terangsang untuk tumbuh ke tahap maksimum.

    3. Benih gigi salah kedudukan

    Benih gigi yang tumbuh dengan arah yang salah akan muncul juga dengan kedudukan yang salah. Hal tersebut dapat mengganggu pertumbuhan gigi bongsu dan berpotensi mengganggu pertumbuhan gigi lain.

    Gigi bongsu yang mengalami gangguan dan kedudukan yang salah dalam kemunculannya boleh menimbulkan rasa sakit. Seringkali untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, satu-satunya cara adalah dengan mencabutnya. Bila gigi bongsu yang bermasalah tersebut tidak ditangani dengan baik, akan timbul komplikasi lain yang serius, seperti jangkitan hingga terbentuknya sista nanah.

    Anda juga mungkin ingin membaca:

    • Pertumbuhan Gigi Bongsu: Kenapa Menyakitkan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan