backup og meta

Tip Untuk Jantung Lebih Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Tip Untuk Jantung Lebih Sihat

    Setiap organ dalam badan mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam menjalankan fungsi dan peranan dan jantung merupakan antara organ yang paling berharga dalam badan. Pengambilan diet yang sihat, pengawalan berat badan dan melakukan aktiviti fizikal secara teratur adalah antara cara untuk menjaga kesihatan jantung. Ikuti artikel ini mengetahui tip mendapatkan jantung lebih sihat.

    Tip memperolehi jantung lebih sihat

    1. Aktif

    Salah satu tip paling mudah adalah dengan memastikan diri anda sentiasa aktif secara fizikal. Jika anda bukan seorang individu yang gemar untuk bersenam, anda boleh memilih untuk berjalan di sekitar kawasan perumahan atau taman, selama 10 minit atau sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Apa yang penting adalah untuk menjadi individu yang aktif. Mudah.

    1. Merokok

    Tabiat ini merupakan antara tabiat yang boleh mengancam kesihatan dan ia berisiko untuk menyebabkan masalah kesihatan serius pada paru-paru anda. Ia juga boleh merosakkan arteri dan mengancam jantung anda. Jadi cuba untuk berhenti merokok untuk membantu diri anda mencegah penyakit jantung. Jika anda merupakan perokok, anda memerlukan komitmen yang tinggi untuk berhenti merokok, yang paling penting, anda jangan berputus asa.

    1. Berat badan

    Berat yang berlebihan akan memberikan tekanan kepada jantung, sekali gus meningkatkan risiko untuk terdedah kepada strok, penyakit jantung, diabetes, dan tekanan darah tinggi. Ubahkan gaya hidup anda kepada kehidupan yang lebih sihat.. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah untuk mengawal atau mengurangkan berat badan.

    1. Pemakanan

    Amalkan pengambilan diet pemakanan yang seimbang kerana ia merupakan antara senjata yang paling hebat untuk melawan penyakit berkaitan kardiovaskular. Dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat, anda sedang meningkatkan peluang anda untuk menjadi lebih sihat. Perbanyakan makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin gandum dan produk tenusu tanpa lemak. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar atau laman web kesihatan berkaitan cadangan dan garis panduan untuk pemakanan seimbang.

    1. Sejarah keluarga

    Mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah mempunyai penyakit jantung, sedikit sebanyak meningkatkan risiko kecenderungan untuk anda mengalami masalah kesihatan yang sama. Sebaiknya, anda dapatkan nasihat doktor untuk menjalani pemeriksaan jantung berjadual. Risiko untuk anda mengalami masalah berkaitan jantung adalah semakin tinggi jika anda;

    • Individu wanita berusia 55 tahun ke atas
    • Individu lelaki berusia 45 tahun ke atas
    • Mempunyai sejarah sama ada abang atau ayah yang mengalami masalah jantung sebelum usia 55 tahun
    • Mempunyai sejarah sama ada kakak atau ibu yang mengalami masalah jantung sebelum usia 65 tahun

    Sememangnya anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas diri anda, jadi berusahalah untuk menjaga kesihatan diri anda sebaiknya.

    1. Gembira

    Tekanan hanya akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Emosi negatif seperti rasa marah boleh menyebabkan peningkatan dalam tekanan darah. Individu yang berdepan dengan isu kemurungan adalah 4 kali lebih berisiko untuk mengalami masalah serangan jantung. Walaupun kita masih tidak dapat memahami apakah perkaitan antara tekanan emosi boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal terutama berkaitan penyakit jantung, tetapi kita sedar bahawa keduanya mempunyai hubung kait yang berbahaya.

    Menjadi individu  yang gembira adalah antara tip untuk menjadikan jantung lebih sihat. Banyak sebab untuk anda menjadi gembira dan bahagia, ia termasuk berkaitan dengan kesihatan jantung. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan yang anda sayangi, bergembira, berkongsi rasa dan perasaan serta lepaskan segala tekanan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan