backup og meta

Tip Kurangkan Senggugut Akibat Endometriosis

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    Tip Kurangkan Senggugut Akibat Endometriosis

    Kesakitan yang dirasakan pada kawasan perut semasa menstruasi mungki perkara biasa dialami oleh wanita. Tahap kesakitan yang dialami adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Namun, jika anda kekejangan tidak mampu ditahan sehingga menganggu aktivit seharian, anda berkemungkinan mengalami simptom endrometriosis.

    Apa itu endometriosis?

    Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam tubuh seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.

    Tips Mengurangkan Kekejangan Haid Akibat Endometriosis

    1. Menjaga pemakanan

    Pemakanan adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan bagi mengurangkan senggugut. Pilih sayuran dan buah-buahan berbanding menu daging merah. Sayur dan buah mengandung banyak vitamin dan antioksidan, seperti vitamin A, vitamin C, dan betakaroten yang baik untuk tubuh. 

    Selain itu, kandungan lemak yang banyak pada daging merah akan mendorong pembentukan zat prostaglandin dan memberi kesan lebih banyak esterogen. Kadar hormon esterogen yang tinggi dalam badan akan mendorong pertumbuhan jaringan dinding rahim. 

    Selain sayur dan buah, pilih menu mengandungi omega-3 yang tinggi, seperti tuna, salmon, sardin atau telur. Berdasarkan kajian, populasi yang banyak mengambil lemak trans atau lemak jahat lebih tinggi berisiko menderita endometriosis berbanding populasi yang banyak mengambil asid lemak omega-3.

    2. Senaman yang teratur

    Wanita yang mengalami kekejangan semasa haid akan mengelakkan daripada bersukan kerana bimbang ia menambahkan rasa sakit. Sebaliknya, jika senaman dilakukan secara konsisten ia dapat mengurangkan senggugut akibat endometriosis.

    Apbila berseman, pengaliran darah dan peredaran oksigen dalam tubuh akan menjadi lebih lancar. Anda juga akan berasa lebih kenyang dan mengelakkan daripada tekanan kerana senaman melepaskan hormon endorfin yang menyebabkan rasa bahagia.

    3. Belajar menenangkan diri

    Tekanan yang anda alami dan rasa cenderung memburukkan lagi rasa sakit yang muncul.

    Oleh itu, adalah penting bagi anda yang mempunyai keadaan endometriosis untuk menguruskan tekanan supaya tidak membebankan. Ini boleh ditipu dengan melakukan tindakan yang memberikan kesan yang santai untuk tubuh. Teknik yang boleh anda lakukan termasuk:

  • Regangan otot untuk melepaskan ketegangan atau merehatkan otot anda. Caranya, bayangkan anda berada di tempat yang indah, tenang, dan damai sehingga anda akan berasa lebih santai.
  • Teknik pernafasan. Sesuaikan nafas anda dengan menarik nafas dalam melalui hidung dan kemudian menghembuskannya dengan perlahan-lahan melalui mulut anda. Ulanginya sehingga anda berasa lebih baik.
  • Melakukan gerakan yoga sederhana juga boleh membantu memperkuat dan meregangkan otot pinggul dan perut anda.
  • 4. Pengambilan ubat tahan sakit

    Sekiranya perkara di atas telah dilakukan tetapi tidak menghasilkan hasil, maka sudah tiba masanya anda diperiksa ke doktor. Atas cadangan doktor, anda boleh mengambil ubat redakan rasa sakit.

    Ubat tahan sakit terdiri daripada beberapa tahap untuk kesakitan berskala ringan hingga kesakitan skala yang teruk. Penggunaan ubat anti tahan sakit untuk melegakan kesakitan haid mestilah di bawah pengawasan doktor kerana ia boleh menjadi buruk jika diguna secara tidak terkawal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan