backup og meta

Tinggalkan 4 Tabiat Berikut Untuk Kehidupan yang Lebih Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/10/2022

    Tinggalkan 4 Tabiat Berikut Untuk Kehidupan yang Lebih Sihat

    Kehidupan yang sihat bermula daripada tabiat yang baik. Ayuh mulakan hari ini. Bagaimana ingin bermula? Cuba buang tabiat buruk berikut.

    1. Merokok

    Tiada orang boleh menafikan kesan buruk daripada merokok. Jika ingin disenaraikan penyakit yang disebabkan oleh tabiat ini, antaranya ialah:

    • Kanser paru-paru.
    • Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD).
    • Ulser perut.

    Dapatkan bantuan dan sokongan dari keluarga, rakan, dan staf kesihatan. Terdapat banyak cara yang boleh membantu anda berhenti asalkan ada komitmen dan keinginan yang kuat. Walaupun sudah banyak kali mencuba, jangan pernah putus asa!

    2. Alkohol

    Minuman alkohol sudah terbukti menunjukkan kesan yang buruk mengatasi manfaat yang mungkin ada. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan alkohol membunuh lebih 3 juta orang setiap tahun oleh pelbagai sebab seperti kemalangan jalan raya, gangguan saluran pemakanan, penyakit jantung, penyakit hati dan gangguan mental.

    Malah, ada kajian mengatakan bahawa tiada kadar yang selamat bagi pengambilan alkohol. WHO juga menyeru agar semua negara mengambil langkah efektif dalam mengurangkan pengambilan alkohol. Di peringkat individu, kita juga harus mengorak langkah sama untuk meninggalkan tabiat ini.

    3. Makan terlalu kenyang

    Saiz perut setiap orang mungkin berbeza. Selain melakukan kiraan bilangan keperluan kalori harian anda secara objektif, petanda mudah untuk anda berhenti makan ialah apabila mula rasa kenyang. Jangan tunggu sehingga tiada lagi ruang di dalam perut anda untuk berhenti.

    Makan terlalu kenyang membuatkan perut terpaksa bekerja lebih dan ia mendedahkan kepada ketidakhadaman, seterusnya keadaan seperti gastrik dan pedih ulu hati. Lebihan kalori itu pula akan disimpan dalam bentuk lemak.

    4. Rehat terlalu lama

    Anda perlu bergerak untuk terus sihat lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini yang tidak memerlukan anda bergerak dengan banyak. Makan, teksi, dan membeli-belah semuanya boleh dilakukan menggunakan hujung jari.

    Ambil sedikit masa untuk mengeluarkan peluh 2 hingga 3 kali seminggu. Aktiviti fizikal mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, dan strok. Mulakan sedikit demi sedikit.

    Jom hidup dengan sihat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan