backup og meta

Jangan Beri Seribu Alasan Untuk Tidak Menjaga Kesihatan Diri, Lakukan 5 Langkah Berkesan Ini

Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan · Hello Health Group


Disemak pada 03/02/2021

    Jangan Beri Seribu Alasan Untuk Tidak Menjaga Kesihatan Diri, Lakukan 5 Langkah Berkesan Ini

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini. 

    Kira-kira 80 peratus orang tidak pernah menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan kira-kira 70 peratus akan gagal untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Malah mereka sendiri tidak tahu cara motivasi diri yang betul. 

    Kajian telah menunjukkan bahawa kira-kira satu pertiga daripada individu tidak menghiraukan resolusi Tahun Baru mereka pada 31 Januari.

    Ikuti 5 teknik berkesan untuk mendorong anda ke arah mencapai matlamat kesihatan diri. 

    1. Cara motivasi diri – kenal pasti matlamat dalaman anda

    Tingkah laku manusia adalah berdasarkan kepada ganjaran dan insentif. Motivasi kita, sama ada dalaman atau luaran adalah merupakan penyebab mengapa kita bertindak dengan cara tertentu.

    Motivasi dalaman merujuk kepada tingkah laku yang didorong secara dalaman dalam diri seseorang individu. Ia mencari ganjaran dalaman dan jangka panjang berbanding dengan motivasi luaran. Oleh kerana itu, motivasi dalaman dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap tingkah laku individu.

    Untuk berjaya dengan matlamat kesihatan dalam jangka masa panjang, anda perlu mengenal pasti dan mengikuti aspek yang mendorong anda untuk meneruskannya.

    Anda boleh melakukan ini dengan aktiviti visualisasi. Cuba tutup mata selama 3 minit sambil membayangkan diri anda yang lebih bahagia dan sihat. Cuba fokus pada apa yang anda lihat dan bagaimana perasaan anda dalam visualisasi ini.

    Paling penting, tanyakan kepada diri sendiri apa yang benar-benar mendorong anda dalam kehidupan untuk jangka masa panjang.

    2. Tetapkan matlamat SMART

    Gaya hidup sihat

    Formula rangka kerja SMART yang merupakan akronim bagi Specific, Measurable, Achievable, Relevant dan Time-related adalah teknik untuk menetapkan matlamat yang berkesan.

    Ini memastikan bahawa matlamat yang anda tetapkan adalah realistik dan ketara yang tidak hanya jelas, tetapi juga dapat diukur dalam kerangka waktu dan kesesuaian dengan motivasi dalaman anda.

    Matlamat SMART yang baik boleh menjadi sesuatu yang mudah seperti menaiki tangga di tempat kerja 5 hari seminggu dalam tempoh sebulan supaya anda boleh memantau kemajuan diri dan mengekalkannya.

    Adalah lebih bermotivasi jika kita masukkan matlamat kesihatan ke dalam rutin harian seperti berjalan selama 15 minit hingga 30 minit sehari selepas kerja supaya ia menjadi sebahagian dalam kehidupan berbanding memberikan ruang masa yang lebih spesifik.

    3. Pilih matlamat kesihatan yang dapat anda nikmati

    Walaupun kita mungkin mula merasakan rutin matlamat kesihatan dan bertekad untuk mengekalkannya jika memilih jenis aktiviti yang disukai.

    Pasti kita cenderung untuk mengekalkan tingkah laku yang memberi peningkatan dalam endorfin seperti senaman. Perkaitan senaman untuk meningkatkan emosi dan pemikiran positif akan membantu kita untuk memperkuatkan tingkah laku.

    Kenal pasti apa yang paling menyeronokkan. Jika mendengar muzik atau menonton YouTube adalah hobi anda, cuba dengar muzik semasa anda berjalan di treadmill atau ikuti langkah demi langkah tutorial kardio di saluran tersebut. 

    4. Sediakan diri untuk sebarang sekatan atau halangan

    gaya hidup yang sihat

    Tiada sesiapa yang sempurna dan semua orang berpotensi untuk gagal melakukan rutinnya. Kadar kekerapan kadangkala tinggi dalam kalangan individu yang menjalani program kesihatan. Oleh itu, kenalpasti perjalanan anda dapat membantu untuk bangkit kembali dengan lebih cepat.

    Tidak mengapa untuk kadangkala terlalai daripada melakukan senaman. Namun perubahan yang berterusan dalam tingkah laku kesihatan adalah penting untuk memastikan matlamat kesihatan diikuti dalam jangka panjang.

    Seseorang individu dikatakan lebih berjaya dalam mengekalkan matlamat kesihatan mereka apabila mendapat sumber yang banyak untuk fizikal dan psikologi mereka.

    5. Hargai diri sendiri dan raikan kemenangan kecil

    Pujian selalunya bertujuan untuk meningkatkan harga diri seseorang. Mendapatkan ganjaran segera juga penting untuk motivasi dalaman individu.

    Oleh itu, cuba untuk memberi tumpuan kepada peningkatan kelemahan anda walaupun betapa kecilnya ia dan berusaha untuk menjadikannya lebih kuat.

    Matlamat untuk terus berfungsi boleh terjadi secara fizikal, seperti menurunkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kelajuan atau tenaga.

    Walau apa pun matlamatnya, tumpuan untuk memperbaiki diri dan lakukannya dengan lebih baik kerana setiap hari akan berlalu.

    Selepas mencapai matlamat baru ini, anggaplah ianya satu kemenangan tanpa mengira sekecil apa pun ia.

    Ini akhirnya dapat membantu meningkatkan harga diri sehingga pada akhirnya membantu anda untuk merasa lebih bermotivasi untuk tujuan baru.

    Selepas setiap kemenangan, pastikan untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Puji diri anda sambil memberi peringatan tentang kemenangan ini seperti dengan mengambil foto diri anda atau menyimpan catatan mengenainya sebagai sumber motivasi untuk masa depan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Pamilia Lourdunathan

    · Hello Health Group


    Disemak pada 03/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan