backup og meta

Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Buat 5 Benda Ini - Bagus Untuk PEROKOK!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/10/2023

    Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Buat 5 Benda Ini - Bagus Untuk PEROKOK!

    Perlu ke untuk bersihkan paru-paru? Mestilah perlu dengan kualiti udara pada masa kini yang tidak sihat.

    Ingin tahu bagaimana caranya? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

    Kepentingan menjaga paru-paru

    Kes-kes pencemaran udara yang berlaku sehingga menyebabkan bencana seperti jerebu, ternyata memberi implikasi yang negatif dan kurang menyenangkan kepada manusia terutamanya paru-paru. 

    Pendedahan terhadap pencemaran udara sama ada di luar atau di dalam rumah, telah menyebabkan partikel-partikel bendasing memasuki saluran pernafasan kita, sekali gus menyebabkan komplikasi yang amat tidak diinginkan.

    Perkara ini bukan satu hal yang ringan. Ini kerana, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 4.2 juta kematian direkodkan di seluruh dunia akibat pendedahan terhadap udara tercemar setiap tahun.

    Teknik mudah bersihkan paru-paru

    Bagi mereka yang sering terdedah dengan pencemaran udara atau mereka yang menghisap rokok, mungkin anda boleh mempraktikkan kaedah-kaedah mudah ini untuk membersihkan organ pernafasan anda secara semula jadi.

    Berikut adalah langkah yang boleh anda amalkan:

    Terapi stim

    Terapi stim atau penyedutan stim adalah satu teknik menyedut wap air yang bertujuan membuka saluran udara selain membantu organ ini mengeluarkan mukus.

    Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan paru-paru, simptom mereka akan menjadi lebih buruk dalam persekitaran udara yang sejuk dan kering.

    Oleh itu, terapi stim ini boleh melembapkan udara sekali gus memperbaiki pernafasan individu yang bermasalah dengan pernafasan mereka.

    Baca juga:

    Senaman boleh bantu bersihkan paru-paru

    Senaman akan memaksa otot anda untuk bekerja lebih keras. Ini akan menjadikan kadar pernafasan anda meningkat dan menyebabkan peningkatan bekalan oksigen kepada otot anda.

    Ia juga akan memperbaiki peredaran darah, dan menjadikan tubuh bertindak dengan lebih berkesan dalam menyingkirkan karbon dioksida berlebihan yang dihasilkan semasa anda bersenam.

    Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai COPD, fibrosis cyst atau asma, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan rutin senaman anda.

    Minum teh hijau

    Teh hijau diketahui mempunyai banyak kandungan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam paru-paru.

    Sebatian teh hijau juga berpotensi melindungi tisu paru-paru daripada kesan negatif penyedutan asap ke dalam paru-paru.

    Satu kajian menyatakan bahawa, individu yang meminum sekurang-kurangnya 2 cawan teh hijau sehari mempunyai fungsi paru-paru yang lebih baik daripada mereka yang langsung tidak meminumnya. 

    bersihkan paru-paru

    Bersihkan paru-paru dengan makan makanan bersifat antiradang

    Keradangan pada saluran pernafasan boleh menyebabkan kesukaran bernafas selain menyebabkan dada berasa berat dan sesak.

    Dengan cara memakan makanan yang dikategorikan sebagai antiradang, ia boleh mengurangkan simptom-simptom berkaitan.

    Antara makanan antiradang adalah:

    • Kunyit
    • Sayuran berdaun
    • Buah ceri
    • Bluberi
    • Buah zaitun
    • Kacang walnut
    • Kekacang
    • Lentil
    • Buah oren
    • Betik
    • Brokoli
    • Bawang putih

    Jika anda merupakan salah seorang individu yang kerap terdedah kepada persekitaran udara yang kurang menyihatkan, cubalah untuk memakai topeng mulut selain mempraktikkan kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan di atas.

    Walaupun paru-paru merupakan organ tubuh yang boleh membersihkan dirinya sendiri, ia hanya akan bertindak sedemikian setelah pendedahannya terhadap bahan pencemar benar-benar terhenti.

    Oleh itu, kaedah di atas boleh membantu anda memperbaiki organ pernafasan untuk berfungsi dengan lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan