backup og meta

Tekanan Darah Tinggi Dalam Kalangan Belia

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/09/2021

    Tekanan Darah Tinggi Dalam Kalangan Belia

    Tekanan darah tinggi dikenali sebagai penyakit orang berusia dengan risiko yang meningkat sekiranya kita semakin berusia. Walau bagaimanapun, di seluruh dunia, terdapat peningkatan kes tekanan darah tinggi dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan muda kerana peningkatan dalam faktor-faktor risiko gaya hidup. Di Amerika Syarikat, 20% daripada populasi umur 18-30 yang dikaji dalam Pembangunan Risiko Arteri Koronari pada Dewasa Muda (CARDIA) telah didapati memiliki tekanan darah tinggi. Antara faktor risiko yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi di kalangan belia ialah:

    Tekanan darah tinggi sekunder

    Sekitar 90 hingga 95% kes adalah tekanan darah tinggi utama, yang merujuk kepada tekanan darah tinggi yang tidak dapat dijumpai oleh sebab perubatan. Tekanan darah tinggi sekunder, iaitu baki 5 hingga 10% kes disebabkan oleh keadaan perubatan lain yang memberi kesan terhadap buah pinggang, arteri, jantung, atau sistem endokrin.

    Dalam kalangan belia, kemungkinan tekanan darah tinggi sekunder harus ditolak terlebih dahulu jika disyaki. Tekanan darah tinggi sekunder boleh dihilangkan apabila penyebab yang menyebabkannya ditarik balik. Punca tekanan darah tinggi sekunder dalam kalangan belia termasuklah penyakit buah pinggang, ketidaknormalan anatomi aorta, sindrom apnea tidur obstruktif, COPD, hypo atau hyperthyroidism. Belia wanita juga mungkin mengalami tekanan darah tinggi disebabkan oleh pengambilan kontraseptif oral.

    Genetik

    Sejarah keluarga berkenaan tekanan darah tinggi meningkatkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi utama, termasuk dalam kalangan belia. Bagi seseorang belia yang tidak mempunyai sebab perubatan yang menyebabkannya dan tiada faktor risiko gaya hidup, genetik boleh menjadi satu-satunya penjelasan yang ada bagi kewujudan tekanan darah tinggi.

    Obesiti

    Kadar peningkatan obesiti di seluruh dunia juga menyumbang kepada peningkatan kadar tekanan darah tinggi dalam kalangan belia. Menurut WHO, kadar obesiti lebih dari dua kali ganda sejak tahun 1980, dengan 1 dari 10 populasi belia kini obesiti. Beban tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan obesiti sangat tinggi. Melalui kaji selidik yang diterbitkan dalam Journal of American College Surgery, individu yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai nisbah odds 1.7 untuk mempunyai tekanan darah tinggi berbanding individu normal dan risikonya meningkat dengan setiap kelas obesiti.

    Kurang aktiviti fizikal

    Senaman membolehkan pembebasan hormon yang mengendurkan saluran darah anda dan menurunkan tekanan darah anda sementara kekurangan aktiviti fizikal akan meningkatkan risiko memiliki berat badan berlebihan. Kekurangan aktiviti fizikal dan obesiti jika digabungkan akan membentuk dua faktor risiko cara hidup yang biasa untuk mendapat tekanan darah tinggi.

    Faktor-faktor pemakanan

    Pemakanan yang mengandungi terlalu tinggi kandungan garam boleh meningkatkan tekanan darah anda kerana ia membantu menyempitkan saluran darah anda dan menjadikan tubuh anda mengekalkan lebih banyak cecair. Peningkatan ketersediaan dan permintaan bagi makanan yang telah diproses yang mengandungi banyak garam dalam kalangan belia menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.

    Kelalaian dalam pemantauan tekanan darah dalam kalangan belia adalah sangat biasa. Mereka biasanya berasa selamat daripada tekanan darah tinggi dan lebih cenderung untuk kurang mematuhi pengambilan ubat jika didiagnosis. Belia sepatutnya menyedari peningkatan jumlah penghidap tekanan darah tinggi dalam kalangan kumpulan umur mereka dan mengambil langkah proaktif untuk mencegahnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

    Kardiologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan