Asid Folik BUKAN Untuk Cepat Hamil, Tapi Siapa Nak Mengandung Kena Ambil Vitamin Ini!

Oleh

Diterbitkan pada Mac 26, 2020

Betul ke asid folik tingkatkan kesuburan? Ini kerana kebanyakan orang akan menyarankan pengambilannya kalau ingin cepat hamil. Tetapi benarkah kepercayaan mengenai suplemen tambahan itu?

Anggapan asid folik tingkatkan kesuburan SALAH

Apabila menyebut asid folik, kebanyakan individu akan mengaitkannya dengan kesuburan. Kononnya jika seseorang wanita itu ingin cepat hamil, dia perlu mengambilnya. Namun adakah benar ia berfungsi sebagai agen kesuburan?

Sebenarnya, kepercayaan umum yang menganggap asid folik tingkatkan kesuburan adalah salah sama sekali. Haaa…mesti ada yang tidak percaya, bukan?

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Balchin, pengambilan asid folik iaitu sejenis suplemen tambahan tidak mempunyai kaitan dengan kesuburan seseorang wanita.

Kepercayaan mengenai asid folik tingkatkan kesuburan adalah salah kerana ia langsung tidak membantu dalam hal kesuburan. Sebaliknya pengambilan ubat tersebut adalah untuk membantu proses pembentukan janin dalam kandungan

Pada asasnya suplemen tambahan ini perlu diambil sebelum kehamilan supaya wanita yang sedang dalam usaha untuk mengandung tidak akan mengalami kekurangan zat pada peringkat awal kehamilan.

“Kita tidak tahu bila kita akan hamil, jadi pengambilan asid folik perlulah diambil sebelum kehamilan agar pembentukan tulang belakang dan tempurung kepala janin dapat terbentuk dengan baik,” jelas Dr Imelda.

Jadi sudah teranglah kepercayaan asid folik tingkatkan kesuburan adalah tidak tepat. Apa kata kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai manfaat suplemen tambahan ini, okay?

Keperluan asid folik

Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang boleh larut di dalam air. Biasanya ia boleh dijumpai dalam makanan seperti kekacang, lentil dan sayuran hijau; asparagus, brokoli dan bayam. Ia merupakan 1 bahan penting untuk perkembangan badan manusia. 

Tetapi, pergantungan sepenuhnya kepada kandungan asid folik semula jadi dalam makanan adalah tidak mencukupi dalam menampung keperluan badan, khususnya bagi wanita yang sedang hamil. Oleh sebab itu penting untuk setiap wanita mengambilnya sebagai 1 suplemen tambahan.

Kenapa ia penting? Ini kerana setiap hari, sel-sel dalam badan seperti kuku, rambut dan kulit akan bertukar ganti. Ini memerlukan vitamin B ini untuk membantu meneruskan proses tersebut. Dalam masa yang sama pengambilannya dapat mencegah perubahan DNA yang boleh menyebabkan kanser.

Sebagai ubat, vitamin ini digunakan untuk merawat masalah jenis anemia tertentu seperti kekurangan sel darah merah yang berlaku disebabkan kurangnya asid folik.

Asid folik juga digunakan dalam kombinasi dengan ubat-ubatan lain untuk merawat anemia pernicious, aplastic atau normocytic. Walau bagaimanapun, pengambilannya tidak akan merawat kekurangan vitamin B12 dan tidak menghalang kerosakan pada saraf tunjang.

suplemen-tambahan-asid-folik-tingkatkan-kesuburan

Manfaat asid folik

Kepercayaan asid folik tingkatkan kesuburan sememangnya salah. Namun pengambilannya adalah penting untuk membantu mengelakkan janin daripada mengalami sebarang kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural seperti spina bifida dan anencephaly – kepala bayi kecil atau tiada kepala. 

Wanita yang sedang merancang kehamilan dan sedang hamil sangat digalakkan untuk mengambil suplemen asid folik ini sebanyak 400mcg setiap hari untuk mengelakkan risiko kecacatan pada bayi. 

Berikut adalah beberapa manfaat daripada pengambilan asid folik:

  1. Autism

Pengambilan suplemen tambahan ini yang diambil sebelum dan pada tempoh awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan berlakunya autism pada bayi.

  1. Sumbing pada bibir dan lelangit

Terdapat kajian semula yang dilakukan pada 2014, menyimpulkan bahawa suplemen asid folik mungkin dapat mengurangkan risiko sumbing

  1. Radang sendi

Asid folik turut dijadikan sebagai 1 suplemen tambahan bagi individu yang mempunyai masalah melibatkan radang sendi seperti rheumatoid arthritis. Tetapi ia hanya boleh diambil bagi pesakit yang mengambil ubatan dengan kandungan steroid seperti methorexate.

  1. Masalah penglihatan

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan suplemen tambahan ini dengan beberapa jenis vitamin lain seperti B6 dan B12, membantu mengurangkan risiko masalah penglihatan melibatkan peningkatan usia.

  1. Tekanan darah tinggi

Saintis menyarankan pengambilan asid folik setiap hari untuk tempoh 6 minggu dapat membantu mengurangkan tekanan darah kepada pesakit dengan masalah tekanan darah tinggi. 

  1. Kemurungan

Ada penyelidik mengatakan asid folik yang diambil bersama-sama ubatan antidepresan membantu mengurangkan simptom kemurungan pada individu yang mempunyai masalah tekanan. 

Kesan sampingan suplemen tambahan asid folik

Pengambilan asid folik mungkin memberikan kesan sampingan kepada sesetengah individu. Jika anda mengalami tanda reaksi alahan terhadap suplemen tambahan ini seperti:

  • Berdehit
  • Kesukaran bernafas
  • Bengkak pada wajah, bibir, lidah atau tekak

Pastikan anda mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

Selain itu beberapa kesan sampingan ringan yang mungkin berlaku, antaranya:

  • Kemerahan
  • Loya atau hilang selera makan
  • Kembung
  • Rasa pahit dalam mulut
  • Wujud masalah tidur
  • Gangguan emosi; berasa teruja atau marah

suplemen-tambahan-asid-folik-tingkatkan-kesuburan

Hentikan kepercayaan asid folik tingkatkan kesuburan

Jika anda merupakan antara individu yang mempercayai bahawa asid folik membantu dalam meningkatkan kesuburan, anda harus menghentikan kepercayaan seperti itu. Ini kerana faktanya asid folik adalah 1 suplemen penting berkaitan dengan proses pembentukan janin di dalam kandungan. 

Walau apapun, sebelum memutuskan untuk mengambilnya sebagai 1 suplemen tambahan, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suami Isteri, Ini 4 Cara EFEKTIF Kekal Intim Ketika Jalani Rawatan Kesuburan!

    Ada pasangan yang terpaksa jalani rawatan kesuburan untuk mengandung. Pun begitu, jangan risau. Ini cara untuk keintiman kalian kekal kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    “Tak Kisah Hamil Lambat, Sebab IVF Kan Ada”, Ini 7 Mitos Tentang Kemandulan

    Pada zaman ini, kemandulan pada wanita dan lelaki menggalakkkan pasangan untuk mencuba rawatan IVF. Adakah IVF ini boleh dilakukan bila-bila masa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Masih Belum Timang Cahaya Mata? Ini 9 Tanda TIDAK SUBUR Pada Lelaki & Wanita Wajib Disemak

    Kalau cakap tidak subur, mesti jari akan menunding ke arah wanita. Hakikatnya, masalah kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan Februari 28, 2020

    Angkat Kaki Lepas Seks Adalah KARUT, Ini 4 Cara Benar Untuk Mudah Hamil

    Ada pasangan yang beranggapan bahawa angkat kaki lepas seks boleh memudahkan kehamilan. Adakah ia petua yang betul atau karut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan Februari 26, 2020

    Artikel lain untuk anda

    Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

    Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 4, 2020
    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada April 28, 2020
    Wah! Lelaki Pun Ada Waktu Subur, Tapi Betul Ke Pukul 4 Pagi?

    Wah! Lelaki Pun Ada Waktu Subur, Tapi Betul Ke Pukul 4 Pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada April 28, 2020
    Boxer VS Seluar Dalam – Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

    Boxer VS Seluar Dalam – Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada April 23, 2020