Simptom Kanser Payudara: Patut Anda Sedari

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dari aspek kesihatan payudara, adalah penting untuk anda mengenali tentang bagaimana ia kelihatan dan apa yang dirasakan payudara anda. Pengesanan awal kanser payudara seawal mungkin memberikan peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan rawatan awal yang lebih baik. Artikel ini akan membantu untuk mengenali simptom kanser payudara yang perlu anda sedari.

Simptom kanser payudara

Melakukan ujian pemeriksaan dapat membantu mengenal pasti jika wujudnya kanser payudara pada peringkat awal, sebelum munculnya sebarang simptom yang kronik.

Simptom kanser payudara yang paling biasa dilalui adalah wujudnya ketulan atau jisim baru pada payudara. Ketulan ini biasanya tidak menyakitkan tetapi ada masanya ia juga boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan.

Beberapa simptom kanser payudara yang mungkin berlaku adalah seperti:

  • Bengkak pada sebahagian atau seluruh payudara, walaupun tidak wujud benjolan yang luar biasa
  • Perubahan pada saiz atau bentuk payudara
  • Kerengsaan pada kulit, perubahan pada kulit – terasa seperti kulit oren
  • Sakit pada payudara atau puting
  • Keadaan puting masuk ke dalam
  • Kemerahan, ruam, keradangan atau penebalan kulit pada sekitar puting atau payudara
  • Keluar cecair dari puting – selain susu ibu
  • Terasa sakit pada bahagian ketiak atau di sekitar tulang selangka

Adakah ia kanser payudara?

Banyak simptom kanser payudara, seperti kesakitan pada payudara atau munculnya benjolan, sama ada disebabkan perubahan payudara normal atau disebabkan keadaan payudara yang tidak berbahaya – bukan kanser. Namun, seandainya, anda menyedari sebarang perubahan, adalah penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor anda secepat yang mungkin.

Kemunculan sebarang simptom kanser payudara tidak akan mengakibatkan berlakunya sebarang simptom lain seperti rasa keletihan, kurang tenaga ataupun penurunan berat badan, ia cuma berlaku perubahan yang melibatkan payudara anda sahaja. Jadi, walaupun anda berasa sihat, tetapi berlaku perubahan pada payudara anda, sebaiknya anda mendapatkan rawatan dan pemeriksaan dari doktor.

  • Perubahan pada saiz atau bentuk payudara

simptom kanser payudara 1

  • Benjolan atau wujud bahagian tertentu yang dirasakan lebih tebal dari bahagian payudara yang lain

simptom kanser payudara 2

  • Perubahan pada tekstur kulit sekitar payudara – seperti kulit oren

simptom kanser payudara 3

  • Kemerahan atau ruam pada kulit atau sekitar puting

simptom kanser payudara 4

  • Puting anda seperti ditarik atau kelihatan berbeza, contohnya, berlaku perbezaan pada bentuk atau posisinya

simptom kanser payudara 5

  • Keluar cecair dari payudara tanpa diramas

simptom kanser payudara 6

  • Berasa sakit pada payudara atau ketiak sama ada kadangkala atau setiap masa

simptom kanser payudara 7

Bengkak pada bahagian ketiak atau sekitar tulang selangka

simptom kanser payudara 8

Kanser payudara boleh menyebabkan wujudnya simptom atau tanda seperti perubahan pada kulit atau sekitar payudara. Walaupun kebanyakan keadaan boleh menyebabkan berlaku perubahan pada payudara seperti sista, jangkitan, ekzema, dan dermatitis, anda tidak seharusnya memandang remeh risiko simptom kanser payudara. Berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan diagnosis dapat membantu sama ada perubahan yang berlaku itu sesuatu yang membimbangkan atau tidak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut