backup og meta

Simpanan Ovum dan Ujian AMH

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    Simpanan Ovum dan Ujian AMH

    Simpanan atau rizab ovum adalah kumpulan telur yang terdapat di ovari pada suatu masa tertentu. Ia adalah terma yang digunakan untuk menjelaskan potensi kesuburan seseorang wanita berdasarkan bilangan telur dalam ovari.

    Simpanan ovum rendah apabila terdapat penurunan fisiologi dalam bilangan telur menyebabkan jumlahnya tidak mencukupi untuk memastikan peluang untuk hamil.

    Secara amnya, ia adalah disebabkan penuaan ovari yang mana apabila umur meningkat, bilangan dan kualiti telur dalam ovari semakin berkurang.

    Bagaimana telur berkurang?

    Setiap wanita dilahirkan dengan sejumlah telur. Namun, bermula daripada akil baligh telur-telur ini akan diovulasi sehingga semuanya selesai. Apabila semua telur berkenaan terovulasi, haid akan berhenti dan keadaan ini dipanggil sebagai monopaus.

    Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang mana testis boleh menghasilkan jutaan sperma setiap hari tanpa sebarang had umur.

    Gambar ihsan klfertility.com

    Ujian Hormon Anti-Mullerian

    Simpanan ovum dalam kata mudah adalah pengiraan telur yang biasanya diambil daripada AMH, ujian darah dan kiraan folikel antral.

    AMH adalah hormon protein yang dihasilkan oleh sel dalam folikel ovari. Tahap AMH dalam darah boleh membantu doktor menganggarkan jumlah folikel di dalam ovari.

    Sebaliknya, kaedah folikel antral dilakukan oleh doktor semasa ultrasound. Selepas menggambarkan ovum, doktor boleh mengira folikel yang diaktifkan dan menggunakan jumlah itu untuk menganggarkan simpanan ovum keseluruhan wanita.

    Ujian AMH ini mengambil masa kurang daripada 15 minit dan anda boleh mendapat keputusan ujian hormon dalam tempoh 24 jam.

    Mengukur simpanan ovum termasuk hormon merangsang folikel (FSH), estradiol (sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia), dan ujian inhibin pada hari ketiga tempoh haid.

    FSH adalah bahan kimia yang membantu folikel ovari menjadi matang dan melepaskan telur. Berbeza dengan AMH, tahap FSH yang tinggi dikaitkan dengan simpanan ovum yang rendah.

    Hasil Ujian Simpanan Ovum

    • Yang tidak diketahui

    Kepentingan kualiti telur menjelaskan mengapa ujian simpanan ovum semata-mata tidak dapat menganggarkan kemungkinan wanita hamil dalam sebulan.

    Walaupun seorang wanita berusia 40 tahun mempunyai banyak telur simpanan ovum tinggi bagi umurnya, jika 75% daripada telur itu tidak normal seperti biasa dia akan mengalami kesukaran untuk hamil.

    Sebaliknya, jika seorang wanita berusia 25 tahun mempunyai simpanan ovum yang rendah bagi umurnya menurut hasil ujiannya, dia masih mempunyai peluang yang cukup baik untuk hamil, kerana kemungkinan 75% atau lebih telurnya secara genetik adalah normal.

  • Yang diketahui
  • Sebaliknya, ujian simpanan ovum mempunyai beberapa kegunaan penting dalam ubat kesuburan. Ujian ini boleh memberitahu seseorang wanita semakin dekat dengan menopaus. Tahap FSH tinggi yang berkekalan dalam darah atau air kencing, bersama-sama dengan kekurangan haid, sering digunakan untuk mengesahkan menopaus, dan tahap AMH sangat terikat pada masa sehingga menopaus. Jadi ujian berkenanan boleh memberitahu sama ada anda berisiko menopaus awal atau sebaliknya.

    Ujian AMH dan kiraan folikel antral juga boleh menunjukkan isu pembiakan yang berpotensi lain, seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS), yang dicirikan sebagai suatu keadaan di mana ovari wanita menghasilkan banyak folikel tetapi sebenarnya tidak melepaskan telur, biasanya dikaitkan dengan AMH yang luar biasa dan tanda-tanda tertentu pada ultrasound.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan