backup og meta

Sesuai Ke Berat Dengan BMI Anda ? Jom Ketahui Mengenainya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/06/2021

    Sesuai Ke Berat Dengan BMI Anda ? Jom Ketahui Mengenainya

    Mengamalkan gaya hidup yang sihat bersama BMI yang seimbang pastinya dapat menghindarkan diri daripada masalah kesihatan. Jadi adakah nilai BMI anda sesuai dengan berat dan ketinggian sekarang? 

    Mengapa perlunya BMI?

    Mempunyai kesihatan yang baik adalah petunjuk mudah bahawa badan dalam keadaaan sihat. Jika mempunyai berat badan yang berlebihan, ia akan meningkatkan risiko untuk mengalami masalah kesihatan. 

    Umumnya, Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan merupakan kiraan nisbah berat badan dengan ketinggian. Mengetahui nilai BMI akan dapat membantu seseorang untuk menentukan sama ada dia mempunyai berat badan yang seimbang atau tidak.

    Mempunyai nilai BMI yang tidak seimbang sama ada terlalu besar atau kecil, boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kesihatan.

    Sebagai contoh, jika besar nilainya, maka anda berkemungkinan terdedah kepada penyakit seperti diabetes, darah tinggi ataupun penyakit jantung. 

    Manakala jika terlalu kecil nilainya, akan wujud risiko untuk masalah kesihatan seperti anemia, keletihan kronik dan penurunan daya tahan badan terhadap jangkitan mungkin akan terjadi.

    Ini membuktikan bahawa pentingnya untuk anda mengetahui nilai BMI bagi membolehkan anda mencari langkah terbaik bagi mendapatkan nilai BMI yang lebih ideal. 

    Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.

    Kategori nilai BMI 

    Kategori BMI menurut Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dibahagikan kepada empat bahagian:

    BMI (kg/m2)

    • Kurang dari 18.5 – Kurang berat badan. Ini boleh mendatangkan risiko kepada masalah kesihatan. Berbincang dengan doktor perubatan mengenai berat badan ideal anda
    • 18.5 hingga 22.9 – Normal. Teruskan bersenam dan makan secara seimbang
    • 23 hingga 26.9 – Lebihan berat badan. Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mengembangkan diabetes jenis 2 dan penyakit kronik lain. Dapatkan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor kesihatan untuk mendapatkan berat badan ideal dan perubahan gaya hidup sihat
    • Lebih dari 27 – Obesiti. Berat anda sekarang berisiko untuk mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan mengurangkan kualiti kehidupan secara keseluruhan. Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat daripada pakar kesihatan. 

    Bagi membuat kiraan BMI, anda perlu mengetahui jumlah berat badan dalam nilai kilogram dan ketinggian dalam nilai meter.

    Contoh pengiraannya seperti, sekiranya berat badan anda adalah 50 kilogram (kg), manakala ketinggian anda adalah 155 sentimeter (cm), apa yang perlu anda lakukan adalah: 

    Berat badan: 50 kg

    Ketinggian: 155 cm (1.55m)

    Pengiraannya: 50 / (1.55 x 1.55) = 20.8

    Maka BMI anda adalah 20.8.  Anda juga boleh mencuba Kalkulator Indeks Jisim Badan Hello Doktor.

    Tetapi harus diingatkan kiraan ini hanya sesuai untuk individu lelaki dan wanita dewasa yang berusia 18 hingga 64 tahun.

    Sementara itu, wanita hamil, kanak-kanak, atlet berotot dan individu dewasa yang lebih berusia adalah tidak sesuai untuk menggunakan nilai kiraan di atas. 

    Jadi bagaimana pula untuk mengetahui nilai indeks yang sesuai untuk kanak-kanak?

    Nilai BMI anak

    Sudah tentu pertumbuhan setiap anak adalah berbeza dan tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak yang lain. Keadaan ini berikutan faktor ketinggian dan saiz yang berbeza.

    Sama seperti mengetahui BMI orang dewasa, pengetahuan BMI untuk si manja juga dapat membantu anda menentukan sama ada tumbesarannya pada kadar yang sesuai atau tidak mengikut peringkat usia. 

    Cara pengiraannya adalah sama iaitu berat (kg) / tinggi (m) x tinggi (m).

    Kemudian, anda boleh merujuk carta rujukan pertumbuhan anak di bawah untuk mengetahui BMI anak anda, yang berusia 2 tahun hingga 19 tahun.

    nilai bmi
    Sumber: Positive Parenting
    nilai bmi
    Sumber: Positive Parenting
    nilai bmi
    Sumber: Positive Parenting
    nilai bmi
    Sumber: Positive Parenting

    Gaya hidup seimbang

    Selepas mengetahui nilai BMI diri sendiri dan anak-anak, maka bolehlah anda menentukan aspek diet pemakanan yang sesuai buat sekeluarga.

    Pengambilan makanan yang seimbang dan kaya nutrien adalah penting dalam kehidupan seharian.

    Dalam masa yang sama pastikan anda dan keluarga tetap melakukan aktiviti fizikal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan