backup og meta

Orang Kata Kalau Kita Semakin Tua, Semakin Gemuk. Benarkah Hipotesis Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2021

    Orang Kata Kalau Kita Semakin Tua, Semakin Gemuk. Benarkah Hipotesis Ini?

    Orang kata kalau kita semakin tua semakin gemuk. Ini adalah hipotesis yang sangat popular. Namun, adakah ia fakta atau mitos?

    Benarkah kita semakin tua semakin gemuk?

    Siapa sahaja yang tidak mengenali aktor Brad Pitt yang popular menerusi pelbagai filem lakonannya seperti Mr. & Mrs. Smith dan World War Z.

    Jika diperhatikan, semakin tua usianya, semakin tampan rupanya.

    Begitu juga dengan bentuk badannya yang masih maintain dan fit, meskipun usianya kini sudah mencecah 5 dekad.

    Persoalannya, adakah semua individu akan kekal mempunyai bentuk badan yang menarik apabila tua kelak atau sebaliknya? 

    Kini, terdapat satu kajian yang mengatakan kita sebenarnya mungkin akan menjadi semakin gemuk apabila semakin tua!

    Ingin tahu kesahihannya? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    semakin tua semakin gemuk

    Kajian tentang gemuk dan usia…

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Karolinska Institutet di Sweden, ia adalah benar. Mereka juga telah menemui apakah punca sebenar ia terjadi.

    Sebenarnya, punca kita menjadi semakin gemuk apabila semakin tua adalah disebabkan oleh kitaran semula lemak di dalam tisu tubuh badan kita akan berkurangan.

    Ia adalah seiring dengan peningkatan usia sekali gus menyebabkan berat badan kita lebih mudah meningkat meskipun anda tidak makan banyak dan lebih kerap bersenam pada usia senja anda.

    Kajian ini dijalankan dengan meneliti sel lemak pada 54 lelaki dan wanita selama kira-kira 13 tahun.

    Seiring dengan perjalanan usia mereka, didapati bahawa kitaran semula lemak di dalam tisu akan berkurangan tidak kira sama ada berat badan mereka meningkat atau tidak.

    Ini menunjukkan bahawa memang faktor usia adalah salah satu faktor yang menyebabkan kita menjadi semakin gemuk.

    Pun begitu, ia juga sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang lain seperti gaya hidup dan paling penting, pemakanan.

    Jadi, apa yang anda perlu lakukan?

    Siapa sahaja yang mahu menjadi gemuk seperti karikatur yang terdapat dalam lambang jenama tayar terkemuka dunia, Michelin apabila tua nanti, bukan?

    semakin tua semakin gemuk

    Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda perlu patuh dan buat untuk sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal, termasuklah:

    • Hadkan pengambilan kalori
    • Hadkan pengambilan karbohidrat
    • Lebihkan pengambilan protein
    • Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
    • Pastikan anda tidak terlepas waktu sarapan
    • Pastikan anda lebih kerap bersenam
    • Lakukan aktiviti angkat berat
    • Dapatkan tidur yang mencukupi
    • Sentiasa kekal berhidrasi
    • Kawal stres
    • Jangan manjakan diri dengan cheat day
    • Buang gaya hidup sedentari seperti menghisap rokok dan meminum alkohol

    Secara teorinya, kita memang akan menjadi semakin gemuk apabila semakin tua ekoran daripada kitaran semula lipid dalam tisu yang akan berkurangan.

    Pun begitu, kita masih berpeluang menjaga atau mengawal berat badan kita dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

    Jadi, impian anda untuk tampak segak walaupun sudah tua seperti Brad Pitt masih wujud asalkan anda kekal positif dalam penjagaan berat badan anda

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan