Sambutan Hari Lahir, Meningkatkan Penyebaran Bakteria!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan

Meniup lilin sudah menjadi acara utama semasa sambutan hari lahir seseorang. Namun, selepas membaca artikel ini anda mungkin lebih berwaspada dengan acara tersebut kerana kek yang indah tersedia boleh menyajikan pelbagai kemudaratan dengan penyebaran bakteria.

1,400% peningkatan bakteria

Kajian Bacterial Transfer Associated with Blowing Out Candles on a Birthday Cake dalam Journal of Food Research mendedahkan bahawa meniup lilin ke atas permukaan aising mengakibatkan 1,400 peratus (%) lebih banyak bakteria berbanding lapisan aising yang tidak ditiup.

Pengkaji menghasilkan kek hari lahir palsu (tanpa menunggu hari lahir seseorang) yang mana Styrofoam dijadikan kek, kemudian diletakkan lembaran foil sebelum dilapisi dengan lapisan aising yang nipis. Kek palsu itu kemudiannya dihiasi dengan 17 batang lilin. Subjek pula perlu mengidu dan memakan pizza untuk mensimulasikan urutan hidangan makanan (meal-dessert sequence) sebelum meniup lilin berkenaan.

Sumber: Journal of Food Research

Hasilnya, meniup lilin di atas lapisan aising mengakibatkan 15 kali ganda lebih banyak dan bilangan bakteria lebih tinggi secara statistik diperoleh daripada lapisan aising itu berbanding lapisan aising yang tidak ditiupkan lilin. Dan juga, variasi (julat) bakteria yang meliputi lapisan aising itu adalah 100 kali ganda lebih besar berbanding yang tidak ditiup. Tambahan pula, median dan maksimum pemindahan bakteria meningkat sebanyak 300 dan 12,000%, akibat meniup lilin.

Bakteria daripada meniup lilin

Wan et al. (2014) menegaskan bahawa sehingga 2,000 zarah kelembapan dikeluarkan bagi setiap pernafasan, semuanya kurang daripada 5 um diameter. Saiz zarah adalah faktor penting kerana bioaerosol akan membawa kedua-dua bakteria dan virus dalam titisan zarah kecil yang dihasilkan oleh pernafasan, hembusan dan batuk.

Oleh itu, aerosol (ampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara) pernafasan biasanya termasuk Staphylococcus spp., Streptococcus spp., Corynebacterium spp., Haemophilus spp., dan Neisseria spp. Manakala spesies patogen tertentu seperti Streptococcus pneumonia dan Staphylococcus aureus, boleh menyebabkan penyakit apabila tersebar melalui pencemaran permukaan melalui aerosol oral.

Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa titisan daripada bersin, bernafas, atau meniup membolehkan bakteria dan virus tersebar dengan cepat. Seterusnya ia menyebabkan keradangan tekak dan flu antara satu sama lain.

Jadi, adakah anda akan meneruskan amalan meniup lilin ini?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susah Nak Dapat Stok Hand Sanitizer? Boleh Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Saja

    Jika ketiadaan air, gel pembersih tangan adalah pengganti untuk mencegah wabak COVID-19. Tetapi stok sukar didapati di kedai, macam mana? Jom buat sendiri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 23/03/2020 . 3 minit bacaan

    JANGAN Bergantung Pada Hand Sanitizer Saja Untuk Basmi COVID-19, Ini Risiko Anda Tak Sedar!

    Ramai orang gemar memakai cecair pencuci tangan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat banyak keburukan hand sanitizer yang tersembunyi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 01/03/2020 . 4 minit bacaan

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Orang tua yang mengalami jangkitan COVID-19 mudah untuk mendapat komplikasi pneumonia berbanding dengan orang muda. Mengapa ia begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Hand Sanitizer Boleh Bunuh Kuman Pada Tangan?

    Anda biasa menggunakan hand sanitizer untuk mencuci tangan? Mana lebih baik, hand sanitizer atau mencuci tangan menggunakan sabun dan air?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
    ulang tahun perkahwinan

    5 Sebab Mengapa Suami Isteri WAJIB Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Ada Rahsianya Demi Kebahagiaan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/04/2020 . 3 minit bacaan