backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Selalu Sakit Tumit Tapi Tidak Tahu Kenapa? Hati-Hati Dengan 5 Punca Utama Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada tadi

Selalu Sakit Tumit Tapi Tidak Tahu Kenapa? Hati-Hati Dengan 5 Punca Utama Ini!

Anda sering mengalami sakit tumit kaki yang teruk, berlarutan dan berpanjangan? Apakah punca tumit kaki berdenyut tersebut? Jom baca artikel ini untuk tahu!

Baca lebih lanjut tentang Tulang/Otot di sini.

Apa itu sakit tumit kaki?

Punca sakit tumit biasanya disebabkan oleh plantar fasciitis iaitu satu keadaan yang dipanggil sebagai sindrom bonjolan tulang (heel spur syndrome).

Ia adalah keadaan di mana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit, iaitu pada bahagian bawah tulang.

Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang teramat sangat pada tumit dan ia akan lebih menyakitkan apabila bergerak.

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan wujudnya rasa sakit tumit. Antaranya adalah seperti fraktur tekanan, tendonitis, arthritis, kerengsaan saraf dan paling jarang untuk berlaku, disebabkan sista (cyst).

Jika anda merasa tumit kaki bengkak atau tumit kaki kebas apabila anda menaiki tangga atau selepas berdiri untuk tempoh masa yang agak panjang dan lama, anda mungkin mengalami plantar fasciitis. 

plantar fasciitis
Sakit tumit akibat plantar fasciitis.

Kebiasaannya individu yang kerap mengalami masalah kesakitan ini adalah berusia 45 tahun ke atas dan wanita akan lebih mudah dan kerap untuk mengalami sakit tumit berbanding lelaki.

Masalah sakit tumit ini, sama ada sakit tumit kaki kanan, atau sakit tumit kaki kiri akan lebih dirasai oleh wanita yang sedang dalam tempoh kehamilan.

Rasa sakit tumit kaki ini disebabkan oleh gelung tisu penghubung dari tumit ke jari mungkin mengalami bengkak ataupun berlaku keradangan.

Apakah punca sakit tumit kaki berlaku?

1. Berat badan yang berlebihan

Antara punca sakit tumit utama bagi seseorang individu adalah kerana mempunyai berat badan berlebihan.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan daripada indeks jisim badan sihat (BMI)yang bersesuaian dengan diri anda, ini bermakna secara tidak langsung anda memberikan bebanan berat yang berlebihan kepada tumit kaki anda. 

2. Pemakaian kasut yang tidak bersesuaian

Tabiat gemar memakai kasut yang bertumit tinggi pastinya sudah menjadi sebagai antara punca yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian tumit kaki anda.

Sebenarnya, pemakaian kasut tumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bagi seseorang individu wanita.

Ini kerana ia akan mengganggu postur badan individu tersebut yang mengakibatkan ia menjadi tinggi atau berjengket sepanjang pemakaian kasut bertumit tinggi.

Namun, malangnya, pemakaian kasut tumit tinggi dilihat sebagai satu lambang yang mendefinisikan erti elegan bagi seorang individu wanita.

sakit tumit kaki
Kasut tak sesuai beri kesan pada tumit.

3. Terdapat kecederaan pada tumit kaki

Sekiranya anda mempunyai sebarang kecederaan pada tumit, ia boleh menjadi antara punca sakit tumit kaki yang dialami.

Kewujudan retakan yang menyebabkan tekanan pada tulang tumit merupakan kecederaan paling kerap untuk berlaku.

Ia menjadi faktor kepada kesakitan yang melibatkan ketegangan pada otot, tulang dan ligamen pada bahagian tumit yang akhirnya menyebabkan anda merasa sakit.

4. Tumit terseliuh menyebabkan rasa sakit

Situasi apabila anda secara tiba-tiba mengalami tumit yang terseliuh juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada tumit.

Ia bukanlah satu kecederaan yang serius dan boleh sembuh. Tetapi ia akan mengambil sedikit masa, dalam anggaran lebih kurang seminggu untuk pulih.

Namun dalam tempoh tersebut, pastikan anda menjaga setiap pergerakan kaki anda untuk mengelakkan ia daripada menjadi lebih serius atau kronik. 

Terdapat 5 punca utama terjadi kesakitan pada tumit kaki termasuk:

  • Berat badan berlebihan
  • Kasut tidak sesuai
  • Tumit tercedera
  • Tumit terseliuh
  • Sindrom terowong tarsal
sakit tumit kaki
Tumit terseliuh dan tercedera.

5. Sindrom terowong tarsal

Pada bahagian kaki, dikatakan terdapat satu terowong yang mana di dalamnya terdapat saraf yang menghubungkan bahagian tapak kaki.

Sekiranya saraf pada bahagian tersebut terhimpit disebabkan oleh beberapa masalah atau keadaan, bahagian tapak kaki yang turut melibatkan tumit akan mengalami kesakitan. 

Situasi ini akan mengakibatkan kristal urat menjadi keras dan akan pergi ke bahagian badan yang paling sejuk, kebiasaannya pada bahagian sendi kaki besar.

Keadaan ini akan menyebabkan sendi kaki anda akan tampak merah, timbul rasa panas dan menjadi bengkak serta kesan yang paling menyakitkan adalah ia menjadi terlalu sensitif untuk disentuh, atau dalam erti kata lain, super sensitive terhadap sebarang sentuhan.

Apa yang membimbangkan keadaan ini juga boleh menjadi sebagai tanda jangkitan.

Jadi, sekiranya anda berdepan dengan situasi sakit tumit kaki ini, anda amatlah disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.  

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada tadi

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan