backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Punca dan Simptom-Simptom Sakit Saraf, Boleh Berlaku Kepada Semua Orang!

Ditulis oleh Morteza Tafakory · Fisioterapi · Hello Health Group


Disemak pada 19/01/2024

    Ini Punca dan Simptom-Simptom Sakit Saraf, Boleh Berlaku Kepada Semua Orang!

    Sistem saraf anda terlibat dalam semua perkara yang dilakukan oleh badan anda, daripada mengawal pernafasan anda, mengawal otot anda dan mengesan haba dan sejuk. Tahukah anda apakah itu sakit saraf  dan kerosakan saraf?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Saraf, sila dapatkannya di sini.

    Jenis-jenis saraf

    Terdapat tiga jenis saraf atau neuron, di dalam badan:

    1. Saraf autonomi. Saraf ini mengawal aktiviti luar kawal atau separa terkawal badan anda, termasuk denyutan jantung, tekanan darah, penghadaman, dan kawalan suhu.
    2. Saraf motor. Saraf ini mengawal pergerakan dan tindakan anda dengan menyampaikan maklumat dari otak dan saraf tunjang ke otot anda.
    3. Saraf deria. Saraf ini menyampaikan maklumat dari kulit dan otot anda ke saraf tunjang dan otak anda. Maklumat ini kemudian diproses untuk membolehkan anda merasakan kesakitan dan sensasi lain.

    Kesakitan saraf dan kerosakan saraf boleh menjadi keadaan yang ringan sahaja.

    Tetapi, oleh kerana saraf penting dalam semua yang anda lakukan, kesakitan dan kerosakan saraf boleh menjejaskan kualiti hidup anda secara serius.

    Apakah simptom-simptom sakit saraf dan kerosakan saraf?

    sakit saraf
    Sakit pada pergelangan tangan.

    Penyakit saraf boleh menunjukkan pelbagai simptom. Simptom yang anda alami mungkin bergantung kepada lokasi dan jenis saraf yang terjejas.

    Kerosakan boleh berlaku kepada saraf di dalam otak dan saraf tunjang.

    Ia juga boleh berlaku dalam saraf periferal, yang terletak di seluruh badan anda.

    Kerosakan saraf autonomi boleh menyebabkan tanda-tanda penyakit saraf berikut:

    • Berpeluh secara berlebihan (dikenali sebagai hiperhidrosis) atau berpeluh terlalu sedikit (dikenali sebagai anhidrosis)
    • Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, seperti angina atau serangan jantung
    • pening-pening lalat
    • mata dan mulut kering
    • sembelit juga antara tanda-tanda penyakit saraf 
    • disfungsi pundi kencing
    • disfungsi seksual

    Kerosakan kepada saraf motor boleh menghasilkan gejala berikut:

    • kelemahan
    • atrofi otot
    • sentakan, juga dikenali sebagai fasikulasi
    • lumpuh

    Penyakit saraf deria mungkin menyebabkan simptom berikut:

    • kesakitan
    • sensitiviti
    • kebas
    • rasa geli atau berdenyut
    • rasa seperti terbakar
    • masalah dengan kesedaran (kepekaan) kedudukan 

    Dalam sesetengah keadaan, orang yang mengalami kerosakan saraf akan mengalami simptom yang menunjukkan kerosakan pada dua atau tiga jenis saraf yang berlainan.

    Sebagai contoh, anda mungkin mengalami kelemahan dan rasa seperti terbakar pada kaki anda pada masa yang sama.

    Apakah yang menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf?

    sakit saraf
    Jika kerap sakit bahu, ia juga antara tanda sakit saraf.

    Terdapat lebih daripada 100 jenis kerosakan saraf yang berlainan.

    Pelbagai jenis kerosakan tersebut mungkin mempunyai simptom-simptom yang berbeza dan mungkin memerlukan rawatan dan punca sakit saraf kaki yang berbeza.

    Lebih daripada 20 juta rakyat Amerika mengalami kerosakan saraf periferi.

    Kerosakan jenis ini lebih biasa di kalangan orang yang lebih berusia.

    Dalam satu daripada setiap tiga orang yang mengalami kerosakan saraf periferi, kerosakan itu berpunca dari kencing manis.

    Dalam satu yang ketiga yang lain, punca kerosakan saraf masih belum diketahui.

    Walaupun bukan senarai yang lengkap dan menyeluruh, berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab sakit saraf dan kerosakan saraf:

    • Penyakit autoimun. Pelbagai jenis penyakit autoimun boleh menyebabkan simptom sakit saraf dan kerosakan saraf. Ini termasuk: sklerosis berbilang, sindrom Guillain-Barré (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf perifer), miastenia gravis, lupus, dan penyakit radang usus.
    • Kanser. Kanser boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf dalam pelbagai cara. Dalam sesetengah keadaan, jisim kanser boleh menolak atau menghimpit saraf. Dalam keadaan lain, beberapa jenis kanser boleh mengakibatkan kekurangan pemakanan yang mempengaruhi fungsi saraf. Selain itu, kemoterapi dan radiasi boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf pada individu tertentu.
    • Mampatan / trauma. Apa pun yang mengakibatkan trauma atau mampatan saraf boleh menyebabkan kesakitan saraf dan kerosakan saraf. Ini termasuk saraf terjepit di leher, cedera remuk, dan sindrom terowong karpus.
    sakit saraf
    Epilepsi atau sawan adalah antara penyakit disebabkan gangguan saraf.
    • Diabetes. Kira-kira 50% daripada orang yang menghidap kencing manis mengalami kerosakan saraf, yang menjadi lebih berkemungkinan apabila penyakit itu bertambah teruk. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius dan boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron. Saraf deria adalah saraf yang paling kerap terkena, menyebabkan rasa seperti terbakar atau kebas. Jika anda menghidap diabetes dan mengalami punca sakit saraf kaki atau kerosakan saraf, anda harus berunding dengan pakar perubatan secepat mungkin

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Morteza Tafakory

    Fisioterapi · Hello Health Group


    Disemak pada 19/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan