Kenapa Saya Selalu Rasa Sakit di Bahagian Sendi Jari Tangan?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pernahkah anda berasa sakit yang berpanjangan di bahagian pergelangan tangan, siku atau bahu? Atau mungkin di kawasan bawah tubuh seperti tumit, lutut dan pinggang? Jika anda perasan, kesakitan di semua bahagian tubuh ini mempunyai satu persamaan, apakah ia? Ya, ia berlaku di kawasan sendi-sendi tubuh anda. Anda rasa apakah kesakitan yang sedang anda alami itu? Ikuti jawapannya seperti berikut.

Rheumatoid arthritis

Pernahkah anda mendengar mengenai rheumatoid arthritis atau RA? Ia adalah sejenis penyakit autoimun, yang mana sistem imun tubuh yang pada kebiasaannya melindungi tubuh daripada serangan bahan asing seperti bakteria dan virus, sebaliknya menyerang bahagian sendi tubuh. Ini kemudiannya menyebabkan keradangan yang menjadikan tisu yang berada dalam sendi iaitu synovium menjadi menebal. Ia akhirnya akan menyebabkan kesakitan dan pembengkakan pada atau sekitar sendi. 

Memandangkan RA adalah sejenis penyakit yang bergerak pantas, simptom yang terjadi akan menjadi lebih buruk jika tidak dirawat. Ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada bahagian sendi dan komplikasi serius pada kebanyakan organ lain. Apakah antara kesan kecacatan akibat daripada RA ini?

Ulnar deviation atau ulnar drift

sendi

Keadaan di mana jari-jari anda condong ke arah jari kelingking dan menjauhi ibu jari anda.

Kecacatan Boutonniere

sendi

Ia turut dikenali sebagai kecacatan lubang butang (buttonhole). Sendi jari tengah anda membengkok ke bawah ke arah tapak tangan, manakala sendi hujung jari membengkok ke atas menjauhi tapak tangan.

Kecacatan leher swan (swan-neck)

sendi

Sendi bawah dan yang paling hujung jari anda membengkok ke bawah, manakala sendi tengah jari berada dalam keadaan yang lurus.

Ibu jari Hitchhiker

sendi

Ia adalah sejenis kecacatan yang berlaku pada ibu jari tangan. Turut dikenali sebagai kecacatan Z. Ia berlaku di mana ibu jari membengkok pada bahagian sendi yang menjadikannya lebih rapat dengan tapak tangan, dan kembali membengkok ke belakang di bahagian sendi yang berada di bawah kuku ibu jari.

Bunion

sendi

Ini berlaku di mana ibu jari kaki anda menjadi lebih besar dan menjadi terkeluar daripada garisan normal tapak kaki anda. Ini kemudiannya menjadikan ibu jari kaki anda menekan jari kaki kedua anda, yang kemudiannya membuatkan jari kaki kedua bertindih ke atas ibu jari ketiga.

Claw toe

sendi

Ia boleh terjadi melalui beberapa keadaan kecacatan, antaranya:

  • Jari kaki membengkok ke atas daripada bahagian tapak kaki anda
  • Jari kaki membengkok ke bawah ke arah tapak kaki, di bahagian sendi tengah
  • Jari kaki membengkok ke bawah di bahagian sendi atas, di bahagian kuku jari

Sekiranya keadaan kecacatan seperti di atas tidak dirawat, sendi akan mengalami kerosakan jangka panjang yang amat signifikan. Tisu berserabut akan terbentuk di sekitar sendi dan tulang akan menjadi tercantum. Jika ini terjadi, ia akan menjadikan kecacatan kekal selain menyebabkan ketidakmampuan untuk bergerak pada jari. 

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami kesakitan berpanjangan dan pembengkakan di bahagian jari tangan atau kaki anda untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat. Sekiranya jari tangan dan kaki anda tidak lagi mampu bergerak, ia jelas akan menjejaskan kualiti kehidupan anda walaupun hanya sekadar menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan