Risiko kanser payudara ini juga berbeza bagi setiap wanita daripada pelbagai umur. Bagi wanita berumur kurang daripada 35 tahun, hanya ada satu kes kanser payudara tambahan untuk setiap 50 000 wanita yag menggunakan kaedah kontraseptif selama setahun. Tetapi bagi wanita pra menopouse yang menggunakan kaedah ini, ia meningkatkan risiko kanser payudara walaupun sedikit.
Adakah kontraseptif selamat?
Risiko kanser payudara perlu diseimbangkan dengan manfaat penggunaan pil kontraseptif. Selain daripada fakta bahawa kontraseptif oral berkesan dan boleh memberi manfaat kepada wanita yang mengalami dismenorea (senggugut) atau menoragia (pendarahan berlebihan semasa haid, sama ada dalam jumlah hari atau amaun darah atau kedua-duanya). Penggunaan kontraseptif oral juga dikaitkan dengan pengurangan kanser ovari, endometrium dan kolorektal pada masa hadapan. Namun terdapat juga kajian menunjukkan penggunaan kontraseptif oral selama 5 tahun atau lebih meningkatkan risiko kanser payudara.
Oleh itu, langkah terbaik adalah berbincang dengan doktor anda sebelum membuat keputusan untuk melakukan kawalan kelahiran supaya ia tidak menjejaskan keadaan kesihatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen