Ramai orang kata salah satu punca tidur berdengkur adalah kerana penat bekerja, tapi betul ke?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ramai orang kata salah satu punca tidur berdengkur adalah kerana penat bekerja, tapi betul ke?
Kita semua sedia maklum bahawa usia, faktor genetik dan jantina memainkan peranan yang penting dalam punca seseorang itu berdengkur.
Namun, kadangkala anda boleh berdengkur akibat terlalu penat bekerja. Nak tahu macam mana? Baca ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tidur, anda boleh klik di sini.
Berdengkur merupakan masalah yang biasa dalam kalangan lelaki. Selalunya, individu yang berdengkur mempunyai ibu ataupun ayah yang juga mengalami masalah yang sama.
Boleh dikatakan, berdengkur adalah satu penyakit genetik!
Walau bagaimanapun, hampir semua orang, tidak kira jantina akan berdengkur sekali dalam hidup.
Hampir 40% lelaki dan 24% wanita akan berdengkur ketika lena. Tetapi, untuk lelaki, mereka akan kurang berdengkur setelah mencapai umur 70 tahun.
Ramai yang berkata penat bekerja seharian ialah salah satu punca tidur berdengkur kuat. Tapi, betul ke?
Apa yang kita tahu selama ini ialah sebaliknya, berdengkur ketika lena yang akan buatkan kita rasa penat pada keesokan harinya! Jadi, kenyataan mana yang benar?
Ketika anda tidur, otot tekak anda akan berada dalam keadaan relaks. Lidah akan jatuh ke bawah dan tekak akan jadi sedikit sempit dan lembut.
Apabila anda tarik nafas, tekak anda akan bergetar. Getaran inilah punca anda berdengkur!
Semakin sempit salur nafas anda, semakit kuat getaran dan bunyi dengkuran yang terhasil.
Namun, ada satu lagi keadaan yang turut dikenali sebagai apnea tidur (sleep apnea). Apnea tidur berlaku apabila otot di belakang tekak terjatuh dan menutup sepenuhnya saluran pernafasan anda.
Keadaan ini akan sebabkan tidur yang tidak lena. Penghidap sleep apnea mungkin akan terjaga berkali-kali setiap malam kerana gangguan pernafasan.
Selain itu, penghidap apnea tidur akan rasa penat ketika bangun tidur disebabkan gangguan ini. Jika dibiarkan tidak dirawat, pesakit mungkin boleh hadapi masalah untuk fokus ketika melakukan aktiviti seharian seperti bekerja.
Mereka juga boleh terlibat dengan kemalangan jalan raya kerana rasa mengantuk yang mengganggu mereka saban hari.
Menurut kajian, lelaki yang tidur berdengkur akan ambil 2 tahun masa lena pasangan. Oleh itu, masalah berdengkur bukan sahaja akan memberi impak negatif kepada individu, malah ia juga akan mempengaruhi tidur orang lain.
Antara punca tidur berdengkur yang umum termasuklah:
Sebenarnya, punca tidur berdengkur boleh berlaku disebabkan kepenatan. Apabila seseorang itu tidur ketika penat, dia lebih mudah tidur ataupun mengalami deep sleep.
Ketika deep sleep, otot pada saluran pernafasan akan jadi lebih relaks. Keadaan ini akan menyebabkan salur nafas menjadi sempit dan membuatkan individu berdengkur dengan lebih kerap.
Walau bagaimanapun, masalah ini tidak sepatutnya seteruk orang yang mengalami apnea tidur. Jika anda boleh dapat 7-8 jam tidur sehari, tabiat ini akan perlahan-lahan hilang.
Namun, satu lagi masalah yang mungkin melanda golongan yang penat bekerja ialah shift work sleep disorder.
Walau bagaimanapun, individu yang bekerja keras lebih-lebih lagi secara shift akan mengalami masalah ketika tidur.
Dalam dunia yang mencabar sekarang, malam tidak pernah tidur. Ramai orang terpaksa bekerja mengikut shift. Ini akan mengganggu jam tidur ataupun circadian rhythm anda.
Apabila jam tidur anda terganggu, anda akan rasa mengantuk ketika melakukan kerja harian. Kadangkala, penyakit susah tidur ini boleh akibatkan depresi dan juga bipolar disorder.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen