backup og meta

Sudah Cukup Tidur Tapi Masih Mengantuk? Berat Juga Susah Turun, Itu Petanda Banyak Toksin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/07/2021

    Sudah Cukup Tidur Tapi Masih Mengantuk? Berat Juga Susah Turun, Itu Petanda Banyak Toksin!

    Toksin ditakrifkan sebagai bahan yang menyebabkan kesan berbahaya kepada tubuh. Sistem imun tubuh, hati dan buah pinggang berfungsi bersama untuk menghilangkan toksin pada kadar yang sama. Jom kita lihat tanda-tanda badan memiliki toksin berlebihan ini.

    Apabila tahap toksin melebihi keupayaan tubuh untuk membuangnya, ia terkumpul dan disimpan sehingga boleh dikeluarkan.

    Anda boleh mempunyai toksin yang disimpan di dalam tubuh selama bertahun-tahun tanpa mengalami sebarang simptom negatif.

    Tetapi anda akan mula berasa sakit apabila tahap toksin menjadi terlalu tinggi.

    Toksin berasal dari sumber alam sekitar, amalan gaya hidup yang tidak sihat, toksin dalaman yang dicipta oleh tubuh dan juga emosi sendiri.

    Tanda-tanda toksin berlebihan dalam tubuh

    1. Tanda toksin berlebihan – sentiasa keletihan

    toksin berlebihan

    Keletihan boleh menjadi tanda bahawa tubuh  bekerja terlalu keras untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang diambil.

    Keletihan itu juga boleh menjadi tindak balas kepada gangguan hormon yang mengganggu sistem pertahanan tubuh badan atau imun anda.

    2. Kesukaran menurunkan berat badan

    Adalah tidak mudah untuk anda menurukan berat badan. Tetapi jika bersenam setiap hari, mengurangkan kalori dan masih bertambah berat, anda boleh melihat masalah pada hormon.

    Fungsi hormon semula jadi seseorang sangat dipengaruhi oleh toksin dalam makanan dan produk penjagaan diri.

    Anda memerlukan diet detoks atau nyah-toksin lengkap dan rutin penjagaan diri untuk melawannya.

    3. Tanda toksin berlebihan – Sembelit

    Usus menghilangkan banyak toksin setiap hari. Apabila mengalami sembelit, itu bermakna kita menyimpan banyak toksin lalu menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh.

    Selain sakit perut, sembelit boleh menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Ia juga boleh dikaitkan dengan toksin terutamanya jika anda makan banyak makanan yang diproses dengan bahan kimia, racun perosak dan pengawet.

    4. Sakit otot

    Toksin berlebihan sebenarnya memberi kesan kepada otot dan sendi anda. 

    Sekiranya anda tidak melakukan aktiviti fizikal untuk menyingkirkan toksin melalui peluh,ia akan sentiasa bertambah serta mendominasi otot dan sendi sehingga mengakibatkan keadaan kesihatan kritikal yang lain.

    Maka, pastikan anda sentiasa bersenam atau lakukan aktiviti fizikal secara berkala bagi memastikan toksin tidak mendatangkan kemudaratan dan masalah terhadap kegagalan fungsi otot dan sendi.

    5. Nafas berbau

    toksin berlebihan

    Walaupun dengan penjagaan kebersihan mulut yang betul, nafas berbau boleh menjadi simptom yang lebih teruk. Ia sebenarnya menjejaskan keadaan dalaman usus anda.

    Nafas berbau boleh dikaitkan dengan masalah pencernaan, tetapi ia juga bermaksud hati anda sedang menyingkirkan toksin yang berlebihan dalam tubuh. 

    6. Masalah kulit

    Jerawat, ruam, dan masalah kulit yang lain mungkin petanda toksin yang berlebihan.

    Jerawat boleh dikaitkan dengan toksin dalam diet atau produk penjagaan kulit.

    Mata bengkak dan ekzema atau psoriasis juga boleh menjadi tanda bahawa anda mencapai kapasiti toksin yang berlebihan dalam tubuh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan