Perhatikan Apa yang Anda Makan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/09/2018
Share now

“Anda adalah apa yang anda makan.”

Itu adalah kata-kata yang biasa kita dengar. Hippocrates pula pernah mengatakan, “setiap penyakit bermula daripada perut.”

Semua ini menunjukkan bahawa apa yang masuk ke dalam perut adalah sangat penting. Malangnya, masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang tidak betul-betul mengambil berat tentang apa yang dimakan. Asalkan sedap dan mengeyangkan, itu sudah cukup.

Sedangkan, peranan makanan itu bukanlah sekadar mengeyangkan dan memberikan rasa enak. Lebih utama, ia membekalkan nutrisi dan tenaga kepada badan untuk terus bekerja dan berfungsi sepanjang hari. Jika apa yang anda makan tidak membekalkan anda nutrisi yang baik, bagaimana badan anda ingin bekerja dengan efisyen?

Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes

3 penyakit ini adalah antara penyakit kronik paling kerap berlaku di Malaysia, juga di peringkat global. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pemakanan berkongsi peranan yang besar dalam peningkatan jumlah kes pada hari ini.

Jika ingin dilihat kepada gaya pemakanan orang Malaysia, tidak hairanlah mengapa angka yang dilaporkan setiap tahun adalah tinggi. Rakyat Malaysia mengambil garam dengan purata sebanyak 7.15 gram. Kadar tersebut adalah lebih daripada had maksimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram.

Pengambilan gula pula boleh dilihat pada menu yang biasa diambil oleh masyarakat Malaysia setiap hari. Teh tarik yang menjadi kegemaran ramai malangnya satu minuman yang tidak sihat untuk diambil setiap pagi, apatah lagi lebih daripada secawan sehari.

Kesan daripada amalan pemakanan ini terlihat pada kadar berat berlebihan dan obesiti yang merupakan tertinggi di rantau ini.

Hanya memerlukan sedikit kesedaran

Ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk melakukan perubahan terhadap gaya pemakanan anda. Cukup dengan hanya sedikit kesedaran. Maklumat tentang bagaimana anda harus merancang pemakanan sangat mudah didapati daripada banyak sumber sama ada di atas talian atau dalam bentuk bahan cetakan.

Di samping usaha dan kempen kesedaran yang dijalankan baik oleh kerajaan mahupun bukan kerajaan, kita sendiri perlu melahirkan rasa mengambil berat terhadap kesihatan diri, khususnya apa yang kita makan setiap hari.

Mulakan dengan perubahan yang kecil. Contohnya, kurangkan gula di dalam air.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kurus Itu Cantik? Adele Tampil Berbeza Sebab Amal Diet Sirtfood

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berat badan Adele sudah semakin susut disebabkan oleh diet sirtfood yang diamalkannya. Apakah diet sirtfood ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

    Pernah tak apabila rakan anda berkongsi gambar makanan tengah harinya di media sosial, tiba-tiba, anda juga teringin memakannya. Sudah terpengaruhkah anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Jika anda biasa memakan ramen, anda tahu ia disirami dengan sup miso. Tetapi adakah anda tahu pes miso ini bantu panjangkan umur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/04/2020
    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/04/2020
    Sharifah Sakinah Makan Petai Untuk Elak Kemurungan, Adakah Ia Berkesan?

    Sharifah Sakinah Makan Petai Untuk Elak Kemurungan, Adakah Ia Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/03/2020