Badan berpeluh waktu malam sekali-sekala ialah normal terutamanya jika kipas rosak dan anda memakai pakaian serta selimut tebal.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Badan berpeluh waktu malam sekali-sekala ialah normal terutamanya jika kipas rosak dan anda memakai pakaian serta selimut tebal.
Tetapi, jika badan basah termasuk cadar dan tilam walaupun selepas suhu pendingin hawa serendah 16°C, ia mungkin disebabkan keadaan tertentu.
Banyak perkara boleh menyebabkan tubuh berpeluh pada waktu malam. Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui punca dan penyebabnya.
Ada 8 punca utama yang menyebabkan anda selalu berpeluh pada waktu malam.
Bagi wanita berumur sekitar menopaus (45 hingga 55 tahun), peluh dan rasa panas yang dialami mungkin merupakan petanda kepada menopaus.
Ini ialah keadaan di mana badan memberikan isyarat kepada kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh dengan banyak tanpa sebab atau rangsangan biasa (bersukan, gemuruh, suhu panas). Keadaan ini boleh berlaku di tapak tangan, tapak kaki, serta bahagian belakang badan dan pinggul.
Batuk kering atau tuberkulosis (tb) ialah jangkitan yang paling kerap dikaitkan dengan berpeluh ketika tidur malam.
Selain tb, jangkitan bakteria lain seperti endokarditis (radang injap jantung), osteomeilisis (radang tulang), dan abses (nanah) turut dikaitkan dengan punca tubuh berpeluh. HIV juga boleh membawa kepada simptom yang sama.
Lebih serius lagi, peluh malam merupakan salah satu tanda awal bagi sesetengah kanser, paling biasa ialah kanser kelenjar limfoid atau limfoma.
Kebiasaannya, tubuh berpeluh pada malam hari akan berlaku bersama-sama dengan simptom lain seperti hilang berat badan, hilang selera makan, dan demam.
Ini termasuk ubat antidepresan (kemurungan) dan sesetengah ubat kesihatan mental yang lain. Ubat untuk merendahkan suhu badan seperti aspirin dan acetaminophen (panadol) kadangkala boleh menyebabkan tubuh berpeluh ketika tidur malam.
Pesakit diabetes yang berpeluh pada waktu malam mungkin disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang rendah, terutamanya jika mengambil insulin.
Ini salah satu punca peluh badan berlaku. Antara sebab gangguan hormon ialah pheochromocytoma (tinggi hormon adrenalin dan noradrenalin) dan hipertiroid.
Mungkin jarang berlaku tetapi sebahagian gangguan pada urat saraf boleh menjadi punca termasuk strok, neuropati autonomik dan disrefleksia autonomik.
Sebahagian daripada sebab yang disebutkan di atas ialah serius (kanser, tuberkulosis) dan memerlukan nasihat serta pemeriksaan doktor.
Sebaiknya, dapatkan rujukan ahli profesional terutamanya jika keadaan tersebut berlaku bersama-sama dengan simptom lain seperti hilang berat badan dan demam.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen