Tahukah anda, penyaman udara di rumah boleh akibatkan ahli keluarga terutama sekali anak anda mengalami reaksi alergi?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, penyaman udara di rumah boleh akibatkan ahli keluarga terutama sekali anak anda mengalami reaksi alergi?
Jika anda perhatikan anak kerap bersin dan mempunyai mata yang berair, cuba periksa penyaman udara anda. Mungkin itulah sebab si kecil tiba-tiba kerap mengadu sakit!
Penulis faham pasti ramai dalam kalangan pembaca yang mempunyai pendingin hawa sendiri di rumah.
Malaysia merupakan sebuah negara yang panas. Tanpa pendingin hawa, ramai yang tidak selesa tidur akibat rasa bahang yang amat sangat.
Namun, sebagai pemilik pendingin hawa, adakah anda yakin alat penyejuk ruang ini selamat untuk anak-anak?
Jangan ingat jika pendingin hawa anda berfungsi dengan baik dan boleh menyejukkan bilik, maka ia selamat untuk kegunaan anda dan keluarga!
Cuba periksa sama ada anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah:
Ini merupakan tanda anak-anak anda sedang mengalami reaksi alergi!
Cuba anda ingat kembali, bila kali terakhir anda tukar penapis pada penyaman udara anda? 2 bulan lepas? 6 bulan lepas? Atau tak pernah tukar langsung?
Tahukah anda, penapis pada pendingin hawa boleh jadi tempat pengumpulan debu dan alergen yang boleh menyebabkan si kecil mendapat reaksi alergi.
Penapis pendingin hawa yang tidak pernah diservis boleh menjadi tempat pengumpulan habuk, bakteria dan juga virus.
Ketika anda membuka pendingin hawa di rumah, alergen tersebut akan tersebar ke seluruh ruang kediaman.
Disebabkan rumah anda merupakan satu kawasan yang tertutup, mudah untuk alergen tersebut tersebar kepada ahli keluarga anda.
Anak kecillah yang paling mudah sekali terkesan dengan reaksi alergi dan juga asma.
Tambahan lagi, pendingin hawa merupakan tempat yang paling sesuai untuk kulat membiak.
Keadaan bahagian dalam pendingin hawa yang gelap dan lembap boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.
Spora yang dihasilkan oleh kulat juga merupakan salah satu alergen yang boleh mencetuskan reaksi alergi sama seperti debunga.
Masalah ini dapat diselesaikan dengan satu cara yang mudah iaitu dengan menukar penapis pada pendingin hawa anda lebih kerap.
Sebenarnya, anda juga boleh lakukannya sendiri tanpa bantuan pakar! Namun, jika anda mahukan pembersihan yang lebih menyeluruh, anda boleh panggil pakar sekurang-kurangnya setahun 2 kali.
Sebagai pengguna pendingin hawa, anda patut menukar penapis dengan lebih kerap jika:
Jika anda ingin menukar penapis alat penyejuk ruang tersebut, cuba gantikan penapis lama dengan penggunaan penapis high efficiency particulate air (HEPA) yang lebih canggih dengan pori yang lebih halus.
Alergen seperi debunga, habuk, hama, dan asap rokok yang melalui pendingin hawa anda akan terperangkap di dalam penapis ini. Oleh itu, udara yang lebih bersih dan berkualiti dapat disalurkan kepada keluarga anda.
Selain menjadikan rumah lebih selamat, tabiat menukar penapis sekurang-kurangnya 2 bulan sekali ini juga boleh menjadikan pendingin hawa lebih efisyen dan menggunakan kurang tenaga elektrik.
Tambahan lagi, pendingin hawa anda juga tidak mudah rosak kerana terpaksa bekerja dengan lebih keras akibat lapisan debu yang terlalu tebal.
Pendingin hawa jika dijaga dengan rapi boleh membantu mengurangkan reaksi alergi seseorang individu. Pendingin hawa merupakan mesin yang amat berguna untuk menapis segala alergen dan debu yang berterbangan di dalam rumah.
Selain itu, pendingin hawa juga boleh jadikan kediaman anda lebih selesa dengan menyalurkan udara yang lebih bersih dan sejuk kepada seisi keluarga.
Kombinasi ini juga boleh buatkan simptom asma dan alergi mudah dikawal dan pernafasan jadi lebih mudah.
Anda juga boleh amalkan perkara di bawah jika inginkan udara yang lebih bersih untuk anak-anak anda:
Pastikan kualiti udara di rumah anda dalam keadaan terbaik untuk pastikan keluarga anda dapat tinggal dalam keadaan selesa!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen