Penularan Difteria di Malaysia: Kewajipan Vaksin Perlu Dilaksanakan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru, Johor. Pada mulanya, kanak-kanak malang ini hanya mengalami demam, batuk dan bengkak pada tonsilnya. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan bahawa terdapat kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae pada sampel calitan tekak kanak-kanak terbabit.

Beberapa hari selepas kejadian itu, muncul lagi lima orang kanak-kanak yang disyaki positif jangkitan difteria dan kini sedang ditahan di wad isolasi pediatrik, Hospital Sultanah Aminah (HSA). Kejadian yang juga berlaku di Johor Bahru, Johor ini melibatkan tiga orang kanak-kanak perempuan yang seorang daripadanya adalah kakak kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang sudah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit yang sama.

Menurut Dr. Sahruddin Jamal yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, empat daripada kanak-kanak yang disyaki positif didapati ada mengambil suntikan vaksin manakala seorang lagi iaitu kakak kepada mangsa yang meninggal beberapa hari sebelumnya pula tidak mengambil suntikan vaksin. Menurut beliau lagi, kesemua kanak-kanak ini tinggal di kawasan perumahan yang sama dan mengunjungi taska yang sama.

Beliau sangat khuatir sekiranya jangkitan ini merebak ke tahap yang lebih buruk namun yakin dapat mengawalnya. Beliau juga memberi jaminan untuk terus membuat pemantauan lanjut serta pemeriksaan rapi bagi memastikan jangkitan difteria ini dapat dibendung sepenuhnya.

Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, lebih daripada 50 individu yang pernah berhubung atau berjumpa dengan mangsa yang telah meninggal dunia akibat jangkitan difteria terbabit telahpun disaring dan dipantau bagi mengelakkan penyakit ini tersebar dengan lebih teruk.

Apakah itu difteria?

Difteria adalah sejenis jangkitan akut yang akan menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ia mula tersebar di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada abad ke 90-an. Ia sangat jarang berlaku di negara perindustrian yang telah melaksanakan pemberian vaksin DPT. Namun begitu, jangkitan difteria didapati meningkat pada musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah yang tidak diberikan imunisasi. Selain kanak-kanak, individu dewasa yang tidak mengambil imunisasi juga berisiko dijangkiti penyakit ini.

Punca difteria

Penyakit difteria ini disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Corynebacterium diphtheriae. Bakteria ini merupakan sejenis bakteria yang telah dijangkiti oleh virus corynebacteriophage yang berperanan mengeluarkan toksin difteria. Jangkitan ini boleh tersebar daripada penderita kepada individu yang lain melalui sentuhan fizikal atau titisan cecair

Simptom difteria

  • Keradangan pada tekak serta pembentukan selaput lembut berwarna seakan kekelabuan di sekitar kawasan tekak yang diakibatkan oleh pembebasan sitotoksin.
  • Kesukaran untuk menelan makanan akibat sakit tekak di kawasan antara rongga mulut dengan farinks.
  • Leher menjadi bengkak dan menyebabkan berlakunya kondisi edema.

Komplikasi difteria

Jangkitan difteria akan menyerang komponen tekak iaitu tonsil, farinks, larinks dan hidung serta turut menyerang selaput mukus lain, kulit, kemaluan atau konjuktiva. Jangkitan ini akan mengakibatkan kelumpuhan saraf klanial, motor periferi dan deria serta miokarditis. Paling membimbangkan, jangkitan difteria ini boleh membawa maut kepada penderitanya terutamanya yang tidak mendapatkan imunisasi.

Apakah yang perlu dilakukan?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu terutamanya golongan ibu bapa supaya tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin dan memberikan anak mereka imunisasi yang sangat diperlukan oleh mereka. Menurut Dr. Lee Boon Chye yang merupakan Timbalan Menteri Kesihatan, suntikan imunisasi yang telah ditetapkan oleh KKM perlu dijalankan dengan giat bagi memastikan beberapa jenis penyakit contohnya difteria dapat dielakkan.

Sementara itu, kerajaan negeri Johor akan mengkaji untuk mewajibkan ibu bapa memberi suntikan vaksin imunisasi kepada anak mereka bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan penyakit seperti difteria ini. Pendekatan ini mungkin diambil ekoran daripada cadangan dan dasar bernas daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzuklefly Ahmad yang ingin suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan telah mendapat desakan yang sangat kuat daripada pelbagai pihak agar kerajaan mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi ekoran ada ibu bapa yang berani untuk tidak mengambil sebarang vaksin kerana telah terpedaya dengan fahaman gerakan antivaksin di Malaysia. Disebabkan itu, gerakan antivaksin di Malaysia sebenarnya juga perlu dibendung sebelum melarat.

Penularan difteria di Malaysia sebenarnya masih berada di peringkat awal dan perlu dicegah agar ia tidak menjadi semakin teruk. Bagi menyelesaikannya, ibu bapa perlulah memberi kerjasama dan mempunyai kefahaman yang sewajarnya mengenai pemberian suntikan vaksin imunisasi kepada anak mereka. Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu memandang isu ini dengan lebih serius bagi membendung penularan difteria di Malaysia.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

    Tahukah anda, bilakah waktu bayi mula belajar duduk dan merangkak? Jika tidak tahu, ketahui berkenaan waktu bayi merangkak dan bayi duduk di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

    Alamak, seluar dan baju makin ketat!!! Sedang mencari cara nak kurus? Jangan risau, ini Hello Doktor kongsikan 23 tip penjagaan berat badan untuk dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    lelaki suka payudara

    Kenapa Lelaki Suka Payudara? Tiada Jawapan Mudah Untuk Persoalan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    tabiat-mengunyah-ais

    Bakal Ibu Suka Kunyah Ais? Ini 11 Perkara PENTING Perlu Tahu, #3 Paling BAHAYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/05/2020