Penuaan Jantung Kesan Kurang Tidur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Orang dewasa yang tidur terlalu sedikit atau terlalu banyak mungkin mempunyai risiko serangan jantung atau strok yang lebih tinggi, kata para penyelidik yang berpendapat bahawa perkara ini berlaku disebabkan lebihan usia jantung atau penuaan jantung.

Dalam sebuah kajian yang melibatkan warga Amerika Syarikat dewasa, mereka yang tidur 7 jam sehari mempunyai risiko masalah jantung paling rendah dengan purata lebihan usia jantung 3.7 tahun. Ini dapat dibandingkan dengan 4.5 tahun lebihan usia jantung bagi mereka yang tidur enam atau lapan jam dan 5.1 tahun lebihan usia jantung bagi mereka yang tidur kurang lima jam setiap malam.

Tabiat kurang tidur yang berpanjangan mempunyai kesan negatif ke atas pelbagai sistem badan termasuk sistem kardiovaskular. Kajian telah menunjukkan hubungan yang ketara antara tempoh tidur dan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, merokok, kolesterol tinggi, diabetes, dan obesiti.

Usia jantung ditakrifkan sebagai umur sistem saluran darah dan jantung yang diramalkan berdasarkan profil risiko kardiovaskular dan diperkenalkan oleh Framingham Heart Study pada tahun 2008.

Perbezaan antara anggaran usia jantung seseorang dan usia sebenar individu tersebut ditakrifkan sebagai ‘lebihan usia jantung‘. Semakin tinggi lebihan usia jantung, semakin tinggi risiko mendapat penyakit jantung.

Sebagai contoh, jika seorang lelaki berusia 40 tahun mempunyai anggaran usia jantung 44 tahun berdasarkan profil risiko kardiovaskularnya (risiko mengalami penyakit jantung) maka lebihan usia jantungnya adalah 4 tahun. Ini bererti jantungnya tua 4 tahun berbanding usianya yang sebenar. Konsep usia jantung ini membantu memudahkan penerangan tentang risiko penyakit jantung. Anda boleh menggunakan  kalkulator usia jantung jika berusia 30-74 tahun untuk mengetahui anggaran usia jantung anda.

Kajian kaitan tidur dan usia jantung tersebut dilakukan Dr Yang dan kumpulannya dengan menganalisis data dari Suruhanjaya Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan AS pada tahun 2007 – 2014 melibatkan 12,755 peserta antara umur 30 dan 74 tahun tanpa sejarah penyakit jantung atau strok.

Berdasarkan purata tidur malam harian yang dilaporkan peserta, pasukan kajian membahagikan peserta kepada lima kumpulan. Kira-kira 13 peratus tidur dalam purata lima jam atau kurang setiap malam, 24 peratus tidur enam jam, 31 peratus tidur tujuh jam, 26 peratus tidur lapan jam dan kira-kira 5 peratus tidur sembilan jam atau lebih setiap malam.

Para penyelidik mengira anggaran usia jantung dengan mengambil kira faktor umur, jantina, tekanan darah, sama ada mereka dirawat untuk tekanan darah tinggi, sejarah merokok, diabetes dan kolesterol untuk menghasilkan profil risiko kardiovaskular secara keseluruhan. Kemudian mereka menerjemahkan profil risiko kepada lebihan usia jantung.

Tempoh tidur yang lebih pendek mungkin menyumbang kepada risiko masalah jantung melalui kesan pada fungsi metabolik dan endokrin, keradangan, kerosakan vaskular, serta kecaluran rima sirkadian. Meskipun kajian lanjut diperlukan untuk menjelaskan kaitan ini, yang pasti, keperluan tidur bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh.

Pastikan anda menangani sebarang masalah tidur yang anda hadapi untuk mengelakan sebarang kesan kurang tidur yang tidak diingini selain penuaan pada jantung. Tempoh tidur yang terlalu pendek atau terlalu panjang dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi, dengan kebanyakan kajian menunjukkan bahawa risiko terendah berlaku dengan 7 jam sehari dalam tempoh tidur. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendapatkan tidur mencukupi sebanyak tujuh jam setiap malam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Bila Bangun Tidur Selalu Rasa Moody? BERHENTI Lakukan 7 Perkara Ini Lepas Bangun, Baru Mood Elok

    Jika anda sering berasa moody selepas bangun tidur pada waktu pagi, maka anda perlu meneliti semula rutin anda. Berikut merupakan 7 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Ada yang mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega. Ada pula yang mengatakan kedua-dua mentega dan marjerin berkhasiat. Mana satu patut anda pilih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    jenis penyakit jantung

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020