backup og meta

Pencemaran Udara: Pembunuh yang Tidak Disedari

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/05/2022

    Pencemaran Udara: Pembunuh yang Tidak Disedari

    Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai bandar yang paling tercemar, wilayah timur Mediterranean dan Asia Tenggara mempunyai pencemaran udara luar yang paling teruk di dunia. India sahaja mendahului senarai dengan enam bandar-bandarnya berada di 10 bandar teratas di dunia yang paling tercemar. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keadaan yang tidak semulajadi ini berlaku. Asap yang dihasilkan oleh kereta, bas dan kapal terbang semakin banyak di udara terutamanya di bandar-bandar besar. Aktiviti membakar hutan serta pembakaran terbuka menyebabkan keadaan udara memburuk secara langsung. Selain itu, asap yang tidak ditapis daripada kilang-kilang dan kemudahan perindustrian juga memberi kesan kepada kualiti udara yang selalu kita bergantung.

    Kesan-kesan pencemaran udara

    Gas berbahaya seperti karbon monoksida dan nitrogen dioksida boleh menyebabkan banyak penyakit kepada manusia. Malah, 1 dalam 9 kematian yang berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh pencemaran udara sahaja. 1.4 juta kematian berlaku setiap tahun akibat strok dan 2.4 juta kematian akibat penyakit jantung. WHO menyatakan bahawa negara berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai pendedahan yang tinggi terhadap pencemaran udara dan bukannya negara berpendapatan tinggi. Orang yang terdedah kepada udara yang tercemar sama ada pencemaran udara diluar rumah atau didalam rumah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik lain seperti kanser paru-paru dan jangkitan pernafasan termasuk pneumonia.

    Cara-cara untuk mengurangkan pencemaran udara

    Terdapat beberapa cara yang lestari yang boleh kita gunakan untuk sekurang-kurangnya mengurangkan risiko mengalami penyakit sedemikian serta mengekalkan kesejahteraan bumi. Pertama, gunakan dan menggalakkan orang lain menggunakan pengangkutan awam berkuasa elektrik yang disediakan di bandar-bandar dan bukannya memandu kereta persendirian. Ini membantu  mengurangkan zarah halus dalam udara yang tercemar. Kaedah kedua yang boleh membantu untuk mengurangkan asap adalah dengan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti turbin angin sepertimana yang dilaksanakan oleh Perancis dan Kanada untuk menghasilkan tenaga atau menggunakan tenaga solar yang dituai daripada cahaya matahari sepertimana Jerman dan China sedang laksanakan. Ketiga, bertukar daripada bahan bakar diesel kepada gas asli mampat (CNG) untuk mengurangi pelepasan karbon dioksida. Bahan api diesel mengeluarkan lebih banyak karbon hitam yang menjadikan alam sekitar lebih tercemar. Di samping itu, CNG boleh menggantikan diesel, petrol dan propana dan menghasilkan gas yang kurang berbahaya semasa pembakaran bahan api.

    Bencana alam sering berlaku apabila aktiviti tidak semulajadi yang berlaku tidak dikawal dan sememangnya menjejaskan kehidupan manusia. Sejarah mengajar kita bahawa beberapa dekad yang lalu apabila reaktor nuklear dimatikan di Kemudahan Nuklear Chernobyl di Ukraine, bahan radioaktif tersebar melalui udara dan menyebabkan 4000 kematian kanser yang berkaitan dengan udara tercemar di sekitar kemudahan nuklear itu. Penjagaan alam sekitar adalah penting untuk menjaga kesejahteraan planet bumi itu sendiri dan kualiti kehidupan manusia yang baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan