Dengarnya pembedahan bariatrik boleh bantu kurangkan risiko kanser. Tetapi betul ke terdapat hubung kait antara berat badan dengan kecenderungan mengalami kanser?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Dengarnya pembedahan bariatrik boleh bantu kurangkan risiko kanser. Tetapi betul ke terdapat hubung kait antara berat badan dengan kecenderungan mengalami kanser?
Satu penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dari Cleveland Clinic Florida mencadangkan bahawa sel tumor pada payudara adalah 2.5 kali ganda berisiko untuk berkembang kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik mengalami kanser.
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh berubah kepada wanita yang memiliki genetik yang sama tetapi menjalani prosedur pembedahan berat badan atau pembedahan bariatrik – pembedahan pada sistem pencernaan untuk membantu individu dengan obesiti.
Kajian yang dibentangkan pada 36th American Society for Metabolic and Bariatric Surgery (ASMBS) Annual Meeting ketika Minggu Obesiti 2019 telah menganalisis 1,670,035 data pesakit dengan indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 atau lebih.
Data ini dikumpulkan antara tahun 2010 hingga 2014 melalui National Inpatient Sample (NIS), iaitu pangkalan data penjagaan kesihatan pesakit terbesar di Amerika Syarikat. Analisis kajian kanser dilakukan kepada lebih 1.4 juta pesakit yang tidak menjalani pembedahan bariatrik dengan hampir 250,000 pesakit yang melakukan prosedur tersebut.
Daripada analisis yang dilakukan, wanita dengan masalah obesiti kronik atau BMI melebihi 35 berdepan dengan 18 peratus risiko untuk mengalami kanser payudara. Manakala hanya 7.4 peratus risiko pengembangan kanser bagi wanita yang mempunyai masalah yang sama tetapi menjalani prosedur pembedahan berat badan.
Kajian turut menunjukkan bahawa pembedahan bariatrik dapat mengurangkan lebih 20 peratus risiko kecenderungan mengalami kanser bagi individu dengan masalah obesiti.
Penulis kajian merangkap Pengarah Program Bersekutu, General Surgery Residency Program, Dr Emanuele Lo Menzo dari Cleveland Clinic Florida di Weston memberitahu, “Daripada kajian yang dijalankan, kami mencadangkan prosedur pembedahan bariatrik dapat menghalang perkembangan kanser kepada pesakit yang berisiko tinggi. Kesan prosedur pembedahan ini kepada individu yang menderita kanser payudara adalah sangat menakjubkan.”
“Para penyelidik percaya, ini adalah kajian pertama yang menunjukkan kesan seperti itu. Walau bagaimanapun, penyelidik percaya kajian lanjut diperlukan untuk menentukan faktor termasuk berkaitan dengan penurunan berat badan, yang mungkin menyebabkan pengurangan risiko,” ujar Dr Emanuele.
Menurut American Cancer Society, individu yang mempunyai tisu lemak yang banyak boleh meningkatkan peluang untuk mendapat risiko kanser payudara melalui peningkatan tahap estrogen. Berat berlebihan dan obesiti berkait rapat dengan risiko 13 jenis kanser.
Bagi Presiden ASMBS dan Profesor merangkap Ketua Division of General/ Bariatric Surgery, Brody School of Medicine, East Carolina University Greenville di Utara Carolina, Dr Eric J. DeMaria, “Pencegahan kanser merupakan sempadan baru dalam penyelidikan mengenai pembedahan bariatrik. Hasil kajian itu membuktikan bahawa pesakit dan doktor harus menganggap prosedur tersebut bukan sekadar satu prosedur menurunkan berat badan. Tetapi ia menawarkan manfaat lebih daripada itu.”
Dalam keadaan perubatan pada masa kini, kriteria untuk membolehkan seseorang individu menjalani pembedahan bariatrik adalah seperti berikut:
Individu yang boleh melakukan prosedur pembedahan bariatrik perlulah:
Sekiranya anda atau orang sekeliling yang mengalami obesiti bakal menjalani pembedahan, anda perlu mengetahui risiko yang mungkin berlaku terutamanya yang melibatkan anestesia atau ubat bius.
Sebelum pembedahan
Semasa pembedahan
Dengan peningkatan langkah-langkah kesihatan di samping maklumat terperinci mengenai keadaan perubatan anda, doktor akan memberi nasihat yang munasabah untuk memastikan keselamatan dan kualiti pembedahan anda. Jangan membuat keputusan tanpa memenuhi semua keperluan yang diperlukan
Sebenarnya, berat badan berlebihan boleh menjadi punca utama yang mendasari kewujudan pelbagai isu berkaitan kesihatan bagi kebanyakan individu. Jadi langkah pencegahan terbaik adalah untuk mengawal berat badan agar individu sentiasa berada dalam berat yang seimbang.
Ia boleh dilakukan dengan menjaga aspek pemakanan seperti mengawal saiz hidangan dan jenis makanan yang diambil, melakukan senaman mahupun sebarang aktiviti fizikal secara berkala dan teratur serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menghindari sebarang tabiat yang tidak sihat seperti merokok.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen