Pemakanan Untuk Hati yang Lebih Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Hati adalah organ kelenjar terbesar didalam tubuh badan. Ianya mempunyai pelbagai fungsi penting yang membantu menukarkan nutrien daripada makanan yang dimakan dan membuang bahan-bahan berbahaya dan toksin daripada badan. Sebarang masalah yang berkaitan dengan hati anda boleh menjadikan tubuh badan tidak seimbang dan senang dijangkiti oleh virus. Disamping mengelakkan rokok dan alkohol, terdapat pelbagai makanan lain yang membantu mengekalkan fungsi hati dalam tubuh badan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan hati anda, anda disarankan untuk menghadkan atau mengelakkan sesetengah makanan atau bahan-bahan lain seperti pengambilan terlalu banyak garam dalam pemakanan. Walaupun tiada makanan khusus untuk kesihatan hati anda, kesihatan hati anda akan mengekalkan fungsinya melalui diet sihat yang anda amalkan.

Bawang Putih

Bawang putih sangat membantu hati untuk mengaktifkan enzim yang digunakan untuk mengeluarkan toksin. Bawang putih juga kaya dengan allicin dan selenium, komposisi semulajadi yang membantu membersihkan keseluruhan tubuh badan dan darah. Selenium adalah mineral detoksifikasi semulajadi dan allicin pula membantu mengekalkan sistem imun. Menggunakan bawang putih dalam bentuk yang utuh secara keseluruhan adalah lebih baik berbanding menggunakannya dalam bentuk yang telah diproses atau dalam bentuk serbuk.

Bawang

Bawang juga kaya dengan allicin sepertimana bawang putih, yang membantu hati untuk mengeluarkan toksin. Potassium, fiber dan flavonoids mempunyai kandungan yang sangat tinggi dalam bawang. Disarankan untuk makan bawang yang telah dimasak berbanding bawang mentah untuk mengelakkan masalah penghadaman.

Limau Gedang (Grapefruit)

Limau gedang tinggi dengan kandungan vitamin C dan mineral antioksida. Makan limau gedang atau meminum jus limau gedang yang segar akan meningkatkan fungsi hati anda untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh.

Sayuran Berdaun

Sayuran berdaun seperti bayam dan salad mempunyai kebolehupayaan untuk meneutralkanlogam berat, kimia toksik dan racun perosak atau serangga yang terdapat dalam makanan kita. Pastikan anda membeli sayuran organik supaya ianya boleh bertindak sebagai mekanisma pelindung untuk hati anda. Teh hijau pula diketahui memperbaiki fungsi hati anda kerana teh hijau mengandungi kandungan catechins yang tinggi yang berfungsi sebagai antioksida.

Buah-buahan

Terdapat banyak jenis buah-buahan yang baik untuk kesihatan hati anda. Glutathione adalah sejenis antioxsida yang membantu menapis sebarang bahan berbahaya, dan sangat tinggi kandungannya dalam buah avokado dan walnut. Lemon pula mengandungi bahan pembersihan semulajadi seperti antioksida dan Vitamin C. Lemon meningkatkan fungsi hati untuk menghasilkan lebih banyak enzim yang menghasilkan lebih banyak tenaga untuk tubuh badan. Individu yang mempunyai masalah hipertensi boleh menggantikan garam dengan penggunaan lemon memandangkan lemon mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi yang menyokong tubuh badan anda tetapi tidak membuatkan sel tubuh mengalami dehidrasi sepertimana garam. Menggunakan lemon organik adalah pilihan yang terbaik kerana sari jus lemon tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya. Kunyit yang telah digunakan selama berabad-abad sebagai rempah dalam masakan mampu membantu tubuh badan memproses lemak dan memastikan fungsi hempedu.

Kesimpulannya, untuk memastikan hati berfungsi dengan baik, individu perlu memiliki gaya hidup yang lebih sihat dengan mengambil diet yang seimbang dan sentiasa bersenam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

    Anda risaukan virus COVID-19 pada permukaan sayur? Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencuci sayuran dengan penggunaan sabun. Ini sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 4 minit bacaan

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Dalam perintah kawalan pergerakan ini, mahu tidak mahu, kena masaklah. Hmmm...inginkan resepi mudah dan ringkas? Ada resepi masakan untuk anda cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/03/2020 . 5 minit bacaan

    JANGAN Ambil 7 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Jika anda ingin menghindari diabetes, elak makanan yang mengandungi jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Berikut merupakan antara makanan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buffet

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    pinggan viral

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan