backup og meta

'Heartburn' Lagi? Jom, Amalkan 5 Petua Hilangkan Pedih Ulu Hati Supaya Cepat Sembuh!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/11/2022

    'Heartburn' Lagi? Jom, Amalkan 5 Petua Hilangkan Pedih Ulu Hati Supaya Cepat Sembuh!

    Nama sahaja pedih ulu hati, tetapi tidak ada kaitan pun dengan hati atau jantung. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai heartburn. Lagi menakutkan! Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai punca serta petua hilangkan pedih ulu hati.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Apakah itu pedih ulu hati?

    Apakah punca pedih ulu hati? Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh asid perut yang masuk ke dalam kerongkong (esofagus) apabila otot yang melingkari (sphincter) bahagian bawah esofagus tidak tertutup sepenuhnya selepas makanan masuk ke dalam  perut.

    Kebiasaannya, sphincter tersebut akan tertutup dan asid serta isi kandungan perut tidak berpatah kembali atau refluks ke dalam esofagus.

    Ini menyebabkan rasa panas dan tidak selesa di bahagian tengah dada. Kadangkala, ia boleh naik sehingga ke tekak.

    Pedih ulu hati ialah keadaan yang biasa berlaku dan ia bukan satu keadaan yang serius. Jenis dan gaya pemakanan boleh menyebabkan asid refluks.

    Antara makanan yang boleh menyebabkannya termasuk coklat, bawang, cili, buah oren, dan alkohol. Namun, setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza terhadap makanan berbeza.

    Berat badan berlebihan dan baring selepas makan juga boleh menyumbangkan kepada pedih ulu hati.

    Baca juga:

    5 petua hilangkan pedih ulu hati

    petua hilangkan pedih ulu hati

    Siapa yang tidak pernah mengalami masalah pedih ulu hati bukan? Sebenarnya, ada banyak punca heartburn, antaranya:

    1. Makan terlalu cepat atau terlalu banyak.
    2. Terus berbaring selepas makan.
    3. Kerap makan makanan tertentu seperti kafein, minuman berkarbonat, alkohol, buah-buahan sitrus, tomato, coklat dan makanan yang pedas.
    4. Mempunyai berat badan yang berlebihan.
    5. Kerap merokok.
    6. Stres atau gelisah.

    Di bawah, kami sediakan 5 petua hilangkan pedih ulu hati yang boleh anda amalkan untuk mengurangkannya pada masa hadapan.

    1. Kenal pasti makanan yang merangsang simptom

    petua hilangkan pedih ulu hati

    Setiap orang mempunyai perangsang yang berbeza. Cuba kenal pasti makanan yang menjadi punca. Diari makanan mungkin boleh membantu anda. Kemudian, cuba elakkan makanan tersebut.

    2. Elakkan baring atau tidur dalam tempoh 3 jam selepas makan

    Apabila anda baring, asid perut lebih mudah mengalami refluks ke dalam esofagus kerana tidak perlu melawan daya graviti. Elakkan baring dalam tempoh 3 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring ke sebelah kiri anda.

    Petua hilangkan pedih ulu hati 3: Turunkan berat badan

    petua hilangkan pedih ulu hati

    Menurunkan berat badan sangat berkesan untuk membantu mengurangkan simptom. Bukan itu sahaja, kesihatan anda secara am juga boleh bertambah baik dan penampilan menjadi lebih menarik!

    4. Ambil ubat di farmasi

    Anda boleh cuba beberapa ubat-ubatan di farmasi tanpa memerlukan preskripsi termasuk antasid.

    5. Dapatkan pemeriksaan doktor

    Jika anda mengalami pedih ulu hati lebih 2 kali seminggu atau ia mengganggu aktiviti harian, sila dapatkan pemeriksaan doktor. Ia mungkin petanda kepada penyakit lain yang lebih serius.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan