backup og meta

Mahu Turunkan Risiko Diabetes? Tukar Minuman Bergula Dengan 2 Minuman Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2020

    Mahu Turunkan Risiko Diabetes? Tukar Minuman Bergula Dengan 2 Minuman Ini!

    “Mamak, bagi saya jus oren gelas besar satu!”, laung Nazri kepada seorang pelayan di restoran mamak. Mungkin bagi kebanyakan orang, pesanan seperti ini adalah kedengaran biasa sahaja. Namun bagi sesetengah orang yang mementingkan tahap gula dalam badan mereka, minuman seperti ini adalah musuh utama kepada penyakit diabetes!

    Minuman bergula & diabetes

    Minuman manis sudah menjadi satu norma dalam kalangan masyarakat kita. Dalam masa sehari, kebanyakan daripada kita mesti akan mencari minuman bergula seperti jus, soda, air gas dan air berkarbonat, bukan? Ini adalah satu tabiat yang sangat menakutkan. 

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard University, individu yang gemar mengambil minuman bergula sangat tinggi risiko untuk menghidap diabetes jenis 2. Pengambilannya sebanyak 4 auns sehari, akan meningkatkan risiko 16 peratus penyakit ini.

    Oleh itu, apa yang anda boleh lakukan untuk turunkan risiko diabetes?

    Tukar minuman bergula kepada minuman lain

    diabetes

    Menurut kajian dari Harvard University lagi, menukar secawan minuman bergula sehari kepada minuman lain akan turunkan risiko diabetes dari 2 hingga 10 peratus! Jika dalam sehari anda sangat gemar mengambil jus, soda, air gas atau air bekarbonat, tukar ia kepada minuman lain seperti kopi atau teh

    Bukan setakat meningkatkan risiko diabetes, kajian ini turut menegaskan bahawa minuman bergula seperti yang dinyatakan ini turut menyebabkan risiko pelbagai kondisi kesihatan lain. Antaranya adalah obesiti, penyakit jantung atau lebih menakutkan mati awal.

    Jadi, adakah anda masih mahu meneruskan tabiat buruk ini?

    Ini saranan pakar untuk turunkan risiko diabetes

    Menurut Profesor Frank Hu, pengambilan minuman bergula dengan kerap seperti jus buah-buahan asli boleh meningkatkan risiko diabetes. Disebabkan itu, beliau mencadangkan untuk menggantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau kopi.

    Beliau menjelaskan lagi, pengambilan minuman seperti ini perlu digantikan atau dikurangkan walaupun ia mempunyai nutriennya yang tersendiri. Persoalannya, mengapa teh dan kopi disarankan untuk diambil walaupun ia sendiri adalah minuman yang manis?

    Ini kerana minuman berkafein seperti ini boleh diambil begitu sahaja. Ini bermakna anda tidak perlu menambah gula atau susu ke dalamnya. Jika anda masih mahu menambahkannya, tiada masalah. Cuma, pastikan anda kurangkan amaunnya okay!

    Tukar minuman bergula dengan kopi & teh!

    kopi

    Kesimpulannya, tabiat minum minuman bergula ini perlu ditukarkan dengan pengambilan air yang lain seperti kopi atau teh untuk turunkan risiko diabetes. Lebih baik lagi, apa kata anda minum air putih lebih banyak, sesuai dengan saranan kebanyakan pakar 8 gelas sehari? Sudah tentu lebih sihat!

    Penulis amat berharap orang seperti Nazri yang sangat gemar minum jus gelas besar di restoran untuk membuang tabiat ini. Apa yang penting, kurangkan manis dalam minuman dan lebihkan manis pada senyuman!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan