Mengatasi Halangan Untuk Berhenti Merokok

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Berhenti merokok mungkin merupakan resolusi paling sukar yang pernah anda lakukan. Sekiranya anda pernah mengalami masalah untuk berhenti merokok, anda mungkin mengetahui kesukaran untuk menghadapinya. Walau bagaimanapun, sukar tidak bermakna ia mustahil. Walaupun anda pernah gagal sebelum ini, percayalah bahawa lebih banyak anda mencuba, semakin tinggi peluang untuk berjaya. Malah, ramai yang telah memulakan jalan yang sama sebelum anda dan telah berjaya berhenti. Jadilah optimis bahawa dengan usaha dan sokongan yang mencukupi, anda juga akan dapat melakukan perkara yang sama.       

Dalam menyediakan diri anda terhadap  cabaran yang menanti, ketahui beberapa halangan yang mungkin menghalang anda daripada berhenti dan cara untuk mengatasinya.

Kehilangan cara untuk menangani tekanan

Dalam kajian yang diterbitkan di Oxford Journals, halangan yang paling diperkatakan bagi berhenti merokok adalah kehilangan keinginan untuk mengatasi tekanan. Ramai orang merokok untuk menguruskan tekanan, emosi dan mood mereka. Walaupun ramai yang percaya bahawa ia membantu mereka rileks, asap rokok sebenarnya merupakan perangsang yang dapat meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, sehingga meningkatkan tekanan pada tubuh. Sepertimana keselesaan yang diberikan melalui rokok, terdapat banyak cara untuk menangani tekanan dan kegawatan emosi.

Ketahui cara menguruskan tekanan anda tanpa menyelesaikan masalah melalui merokok. Cuba teknik relaksasi seperti pernafasan mendalam dan belajar untuk menyatakan perasaan anda kepada ahli keluarga, sahabat yang dipercayai, atau profesional penjagaan kesihatan. Apabila anda marah, cuba melangkah keluar untuk mendapatkan udara segar. Berjalan-jalan mungkin membantu meredakan emosi anda. Sesetengah orang mungkin merasakan kesedihan yang semakin meningkat selepas mereka berhenti merokok. Sekiranya anda pernah mengalami kemurungan, beri perhatian terhadap perasaan anda dan dapatkan bantuan perubatan apabila diperlukan.

Cravings atau withdrawal

Penghentian merokok boleh menyebabkan beberapa gejala withdrawal seperti desakan untuk merokok, kegelisahan, kesukaran tidur dan kesengsaraan. Cravings terhadap asap rokok boleh dimatikan oleh pencetus-pencetus seperti individu, tempat, dan perkara yang mengingatkan anda terhadap rokok. Memandangkan kebanyakan keinginan hanya bertahan selama 15-20 minit, cari cara untuk mengalihkan perhatian dan sibukkan diri anda dalam tempoh masa yang singkat.

Sekiranya anda berhadapan dengan gejala withdrawal, ingatlah bahawa tiada bahaya terhadap kesihatan yang diberikan oleh gejala tersebut malah gejala withdrawal yang melampau tersebut akan hilang. Kebanyakan perokok juga mendapati terapi penggantian nikotin membantu untuk melalui gejala withdrawal dan menguruskan keinginan terhadap rokok.

Memecah norma sosial

Apabila anda berhenti merokok, mungkin sukar untuk melepaskan lingkaran sosial yang dibina di sekeliling tabiat itu. Tambahan pula, dalam suasana sosial di mana merokok dianggap sebagai tingkah laku yang sangat diterima dan dinormalisasi, sukar untuk menahan godaan untuk merokok. Oleh itu, sediakanlah diri anda dengan membuat rancangan untuk membantu mengelakkan lingkaran sosial tersebut.

Beritahu dunia bahawa anda sedang cuba untuk berhenti dan rancang aktiviti alternatif untuk dilakukan berbanding merokok. Larangan merokok di premis makanan yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia sebenarnya dapat mengangkat halangan sosial untuk berhenti merokok. Sekarang anda mempunyai alasan untuk bersuara dengan rakan anda tanpa perlu risau untuk mencuba merokok. Mempunyai rakan bukan merokok dan tidak terdedah kepada perokok dalam persekitaran rumah dan sosial boleh membantu perokok berhenti dengan lebih mudah. Itulah sebabnya individu yang berkahwin cenderung mempunyai kadar penghentian tabiat merokok yang lebih tinggi berbanding individu yang tidak pernah berkahwin, bercerai atau duda.

Takut berat badan naik

Selepas berhenti merokok, bekas perokok biasanya mendapat kenaikan berat badan. Nikotin dalam rokok dipercayai sebagai penyekat selera makan yang menjelaskan mengapa perokok lebih kurus. Tetapi, walaupun anda mendapat kenaikan berat badan, ia biasanya kurang daripada 10 paun. Selain itu, manfaat kesihatan berhenti merokok melampaui kemungkinan kenaikan berat badan.

Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk membangunkan rutin senaman dan pelan pemakanan sihat untuk mencegah penambahan berat badan. Gunakan waktu rehat merokok anda dengan berjalan di sekitar blok, yang juga boleh bertindak sebagai pelega tekanan yang hebat. Sediakan makanan anda sendiri akan membantu anda membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat dan membuat tangan anda agar sentiasa sibuk.

Kekurangan sokongan dan sumber

Penyelesaian untuk berhenti merokok secara sendiri mungkin sukar. Berdasarkan kajian, hanya 5% atau kurang individu yang berhenti merokok dengan sendiri, dapat menghentikan merokok dalam tempoh 6-12 bulan daripada tempoh percubaan. Oleh itu, mempunyai sistem sokongan yang kuat akan lebih membantu anda dalam perjalanan anda untuk berhenti merokok.

Dalam sesetengah kajian, peserta yang mempunyai teman atau buddy adalah tiga kali lebih cenderung untuk berhenti. Program pemberhentian boleh membantu anda dengan menyediakan panduan dan sumber profesional seperti rawatan penggantian nikotin. Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda tentang pilihan anda. Anda juga boleh menyemak dengan insurans kesihatan anda jika anda dilindungi bagi tujuan berhenti merokok seperti ubat-ubatan dan kaunseling. Banyak program pemberhentian yang disediakan di Malaysia tidak digunakan oleh orang ramai. Di Selangor, contohnya, hanya 3.8% daripada penduduk yang disasarkan yang menjalani pemeriksaan di bawah program KOSPEN, menghadiri klinik berhenti merokok.

Perkhidmatan mQuit, yang dirasmikan pada tahun 2015 telah menjadikan program pemberhentian merokok lebih mudah di Malaysia. Perkhidmatan ini dilengkapi dengan sistem kaunseling quitline dan sebuah laman web untuk mempromosikan dan memudahkan pendaftaran perokok kepada program pemberhentian di sektor awam dan swasta melalui http://jomquit.moh.gov.my/. Setakat ini, 160 penyedia penjagaan kesihatan swasta dan 764 klinik dan hospital kesihatan kerajaan telah menjadi penyedia mQuit.

Tanpa mengira betapa penat yang anda mungkin rasakan dalam usaha anda untuk berhenti merokok, bersabarlah dan jangan biarkan keraguan anda merosakkan anda. Yang paling penting, percaya kepada diri sendiri, anda tidak akan kehilangan apa-apa dengan berhenti merokok!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut