backup og meta

6 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Tidur yang Cukup

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/11/2022

    6 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Tidur yang Cukup

    Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit.

    Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. Nampak seperti lama, tetapi itu adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kerjasama pelbagai badan. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar bilangan jam, kualiti juga adalah penting dan perlu diambil perhatian.

    Mengapa anda perlu dapatkan tidur yang cukup?

    1. Merangsang memori dan proses pembelajaran

    Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.

    2. Mengawal metabolisme dan berat badan

    Jika berat badan anda sering naik walaupun tidak mengambil kalori yang terlalu banyak, ia mungkin disebabkan tidur yang kurang. Ia menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan.

    3. Keselamatan diri dan orang sekeliling

    Mengantuk di siang hari akan mendedahkan diri dan orang lain kepada risiko keselematan. Contohnya di atas jalan raya ketika sedang memandu, terlelap walau seketika (microsleep) boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Di tempat kerja pula, pekerjaan yang melibatkan alat atau mesin berbahaya mungkin disalahgunakan kerana fokus yang berkurang.

    4. Mengekalkan mood yang baik

    Apabila letih dan mengantuk, anda akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hari anda secara keseluruhannya. Kesannya, semua kerja tidak dapat dilakukan dengan efisyen. Malah, kemurungan juga terkait dengan kurang tidur.

    5. Penting untuk kesihatan jantung

    Gangguan tidur yang serius didapati berkaitan dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon stres dan degupan jantung yang tidak sekata. Ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.

    6. Meningkatkan sistem imun

    Tidur yang cukup bermakna badan anda berfungsi dengan baik dan normal. Apabila terdapat gangguan, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Anda akan mudah mendapat penyakit. Ada kajian yang mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih kerap mengalami demam.

    Jadikan tidur sebagai prioriti anda demi mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang baik. Mulakannya hari ini!

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan