backup og meta

Mengapa Lelaki Meninggal Dunia Lebih Awal Daripada Wanita?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/03/2021

    Mengapa Lelaki Meninggal Dunia Lebih Awal Daripada Wanita?

    Menurut Jabatan Statistik dan Perangkaan Malaysia (DOSM), jangkaan umur bagi rakyat Malaysia untuk tahun 2018 ialah 75 tahun, di mana ia meningkat sebanyak 2.8 tahun berbanding 72.2 tahun pada 2000. Persoalan yang timbul adalah mengapa lelaki meninggal dunia awal berbanding wanita?

    Statistik yang sama juga ditunjukkan di negara lain. Di Jepun misalnya, jangka hayat lelaki ialah 81.1 tahun, manakala wanita pula 87.1 tahun (6 tahun perbezaan).

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki sila dapatkannya di sini.

    Punca lelaki meninggal dunia lebih awal berbanding wanita 

    1. Lewat matang dalam membuat penilaian

    suara lelaki

    Lelaki terutamanya remaja dan dewasa muda, kebiasaannya mengambil masa lebih lama untuk matang.

    Bahagian lobus frontal pada otak lelaki (yang berfungsi membuat penilaian dan pertimbangan tentang kesan daripada sesuatu tindakan) berkembang lebih perlahan berbanding wanita.

    Oleh sebab itu, lelaki lebih cenderung untuk mengambil langkah-langkah yang berisiko dan terdedah kepada bahaya seperti kemalangan jalan raya, merokok dan alkohol.

    2. Pekerjaan yang lebih berisiko

    Kerjaya seperti polis, tentera, bomba dan industri pembinaan adalah majoritinya dipenuhi oleh kaum lelaki. Pekerjaan seperti ini lebih berisiko kepada bahaya dan maut.

    3. Penyakit jantung berlaku lebih awal

    Hormon estrogen pada wanita melindungi mereka daripada mengalami penyakit jantung pada usia lebih muda berbanding lelaki.

    Tambahan pula, lelaki mempunyai kadar lipoprotein ketumpatan rendah (HDL) yang lebih rendah sehingga meningkatkan lagi risiko serangan jantung.

    Lebih 70% daripada serangan jantung mengejut berlaku dalam kalangan lelaki dan mereka meninggal dunia 3 kali lebih kerap disebabkan penyakit jantung berbanding wanita.

    4. Selalu mengelak daripada berjumpa doktor

    dapatkan rawatan klamidia

    Wanita kebiasaannya lebih memgambil berat tentang kesihatan dirinya.

    Lelaki pula suka mengambil mudah dan ‘malas’ bersusah payah untuk pergi mendapatkan pemeriksaan dan bantuan perubatan di hospital.

    Tabiat ini menyebabkan penyakit tidak dapat dikesan awal dan dicegah dengan baik.

    Apa yang boleh dilakukan untuk melanjutkan jangka hayat lelaki?

    Meskipun kebanyakan daripada faktor-faktor yang disebutkan di atas adalah tetap dan tidak boleh diubah, namun masih ada beberapa perkara yang boleh diusahakan.

    Contohnya, tabiat lelaki yang tidak suka membuat pemeriksaan kesihatan. Usaha ke arah membolehkan penyakit dikesan awal perlu dilakukan dari diri sendiri, pasangan, keluarga dan pihak berkuasa.

    Selain itu, tabiat-tabiat kurang sihat yang selalu diamalkan oleh lelaki juga perlu diubah. Ini termasuk merokok, kehidupan tidak aktif dan alkohol berlebihan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 25/03/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan