Jika anda seorang yang kerap mengambilnya tanpa tahu kesan ubat tahan sakit setiap kali mengalami sebarang keadaan kesihatan, sila berhati-hati.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Jika anda seorang yang kerap mengambilnya tanpa tahu kesan ubat tahan sakit setiap kali mengalami sebarang keadaan kesihatan, sila berhati-hati.
Ketahuilah bahawa ia mungkin boleh menyebabkan radang dan ulser pada perut dan bahagian awal usus kecil (duodenum)!
Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.
Ubat tahan sakit yang kita maksudkan adalah ubat anti-radang bukan steroid atau nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs).
Antaranya termasuk aspirin, ibuprofen, naproxen dan diclofenac. Ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor.
Ia adalah bagus, baik dan efektif namun kesan ubat tahan sakit ini boleh menyebabkan gastrik dan ulser jika digunakan selama beberapa minggu atau bulan.
NSAIDs mengurangkan hormon prostaglandin yang mempunyai fungsi menghasilkan mukosa serta bahan-bahan yang meneutralkan asid di dalam perut.
Jika kadarnya berkurang, lapisan dinding perut lebih terdedah kepada hakisan asid seterusnya meningkatkan risiko berlaku ulser dan gastrik perut.
Pertama, sila cuba elakkan membelinya dari klinik, farmasi atau mana-mana pusat perubatan dengan terlalu kerap!
Jika mengalami sakit yang ringan seperti terseliuh atau luka, mulakan dengan rehat dan tuam menggunakan ais atau air sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit.
Jika ingin ambil ubat, anda boleh gunakan ubatan jenis paracetamol kerana dua ubat ini tidak termasuk dalam kumpulan NSAIDs dan ia adalah lebih selamat.
Lebih bahaya lagi adalah anda mengambil NSAIDs kerana sakit perut.
Ini kerana jika sakit tersebut disebabkan oleh gastrik perut, kesan ubat tahan sakit bukan akan mengurangkan kesakitan, tetapi bahkan memburukkan lagi keadaan.
Silap haribulan, mungkin juga boleh berlaku komplikasi yang lebih teruk seperti pendarahan.
Walau bagaimanapun, terdapat keadaan kesihatan tertentu di mana seseorang harus mengambil NSAIDs secara berkala dalam jangka masa yang lama.
Contohnya adalah penyakit yang menyebabkan rasa sakit berterusan seperti sakit sendi osteoartritis dan reumatoid artritis.
Bagi kes seperti ini, mereka harus menjalani pemeriksaan berkala untuk mengesan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat-ubatan lain bagi mengelakkan berlaku gastrik dan ulser. Ubat-ubatan tersebut termasuk:
Ubat-ubatan yang disebutkan di atas ini membantu mencegah atau mengurangkan kesan NSAIDs ke atas lapisan dinding perut dengan mengimbangi fisiologi di dalam perut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen