Manfaat Luar Biasa Terapi Air Untuk Kelembapan Kulit

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menyesuaikan diri anda dengan terapi air boleh membantu anda untuk mengekalkan kelembapan kulit tanpa perlu berbelanja secara berlebihan untuk produk kosmetik dan alat solek hanya untuk meremajakan wajah anda. Rahsia untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik secara asasnya terletak pada segelas air dan ianya boleh menjadi cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kecantikan seperti pertumbuhan jerawat, tompok gelap pada wajah dan kulit kusam. Kebanyakan masalah kulit yang berlaku adalah akibat daripada pengambilan air yang kurang. Sebagai tambahan, 75% daripada tubuh badan kita terdiri daripada air dan sebarang penurunan kadar air dalam badan akan memberi kesan terhadap organ dan perkembangan sel termasuklah organ terbesar tubuh iaitu kulit. Terapi air adalah cara untuk organ mengekalkan fungsinya dan menyokong perkembangan sel. Dibawah adalah beberapa manfaat terapi air untuk kelembapan kulit anda:

1. Memperbaiki ketumpatan kulit

terapi air

Kulit anda mengandungi 30% peratus kandungan air daripada seluruh tubuh badan dan ianya amat penting untuk mengekalkan peratusan kandungan ini untuk memastikan keanjalan kulit selain mengelakkan kehilangan kandungan air yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Kulit anda tidak dapat menghalang kehilangan kandungan air walaupun pengambilan air adalah rendah. Pengambilan air yang cukup bukan sahaja menghalang kehilangan air daripada tubuh badan malah mengekalkan ketumpatan kulit yang memastikan tubuh badan agar kekal sihat.

2. Menyingkirkan toksin daripada badan

terapi air

Buah pinggang kita memerlukan air untuk ia memproses dan menyingkirkan toksin daripada tubuh badan. Buah pinggang menapis aliran darah daripada sebarang bahan buangan, dan menyalurkan darah tulen dan beroksigen ke semua organ. Kulit turut menerima nutrien dan oksigen melalui darah beroksigen yang memastikan kulit untuk kekal sihat. Minum air ketika perut kosong turut membantu membersihkan usus besar yang membantunya menyerap nutrien dengan lebih mudah yang turut memberikan kesan yang baik terhadap kulit.

3. Mempertingkatkan fungsi kulit normal

terapi air

Kulit berperanan melalui pelbagai fungsi seperti menghalang kehilangan air, menyingkirkan toksin, menyerap Vitamin D dan melindungi tubuh badan daripada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV. untuk memastikan kulit berperanan dengan baik dalam fungsi hariannya, pengambilan air yang mencukupi setiap hari adalah amat penting. Satu kajian menemui bahawa dengan meminum air bukan sahaja membantu memelihara dan memperbaiki keadaan fisiologi normal kulit tetapi juga meningkatkan tahap hidrasi dibahagian dalam kulit.

4. Melawan masalah berkaitan kulit

terapi air

Minum air secara mencukupi setiap hari bukan sahaja mengekalkan kelembapan kulit tetapi juga melawan masalah dan penyakit kulit yang lain seperti eczema, psoriasis dan kedutan kulit. Air yang cukup didalam tubuh badan juga meningkatkan kadar metabolisme dan meningkatkan fungsi sistem penghadaman untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Dehidrasi akan menjadikan kulit anda terasa tegang dan kering dan keadaan tersebut akan menyebabkan kulit kurang fleksibel dan lebih terdedah kepada kedutan.

5. Memberi ketenangan kepada saraf dan mengurangkan stres

terapi air

Mandian sejuk atau suam membantu menenangkan saraf dan mengurangkan sebarang kemungkinan kerosakan kulit yang disebabkan oleh faktor yang berkaitan dengan stres. Rendamkan tubuh anda didalam tab mandian selama 2 atau 3 minit untuk menyegarkan kulit tetapi jangan rendamkan tubuh terlalu lama kerana air mandian akan menyingkirkan lapisan minyak pelindung semulajadi badan yang akan menyebabkan kekeringan kulit. Pilih samada ingin menggunakan air mandian sejuk mahupun suam sahaja memandangkan air panas akan menyingkirkan kelembapan kulit.

Minum segelas air setiap pagi untuk memastikan anda kekal hidrat selain memberikan tenaga dan menyegarkan tubuh anda setiap hari. Anda juga boleh makan makanan yang tinggi dengan kandungan air untuk memastikan anda kekal hidrat dan melembapkan kulit. Buah-buahan seperti tembikai, strawberi, nanas, dan oren adalah antara buah yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Air yang diserap daripada buah-buahan ini bukan sahaja mengekalkan paras air dalam tubuh badan malahan memberi kesan yang baik terhadap kulit bersumberkan vitamin daripada buah-buahan tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut