Manfaat Kesihatan Daripada Air Laut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2019

Pasti ada di antara anda yang gemar untuk pergi ke pantai dan mandi laut. Selain dapat meningkatkan emosi menjadi lebih tenang dan gembira dengan melihat pantai, air laut – walaupun masih belum terbukti secara saintifik, dikatakan dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan.

  1. Merawat kulit, luka

Air laut mengandungi jumlah mineral seperti natrium, klorida, sulfat, magnesium dan kalsium yang lebih tinggi berbanding air sungai – yang menjadikan ia sangat berguna untuk merawat masalah kulit seperti psoriasis.

Mandi di lautan juga mendatangkan manfaat kepada penyakit kulit ekzema, terutama kepada individu yang mempunyai ekzema yang kronik yang menghalang daripada mandi di kolam yang mengandungi klorin. Tetapi tindak balas ekzema adalah berbeza-beza, ada yang merasa tenang dengan air laut, dan juga yang sebaliknya.

Kaya dengan garam mineral seperti natrium dan iodin, menjadikan air laut dianggap sebagai antiseptik, yang dipercayai mempunyai sifat penyembuhan luka. Tetapi berenang di lautan dengan luka yang terdedah, berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria.

Garam mineral dalam air laut yang bergabung dengan matahari dapat membantu memulihkan beberapa masalah berkaitan kulit seperti ulser, lupus dan jerawat.

  1. Demam, sinus

Menggunakan air masin untuk menyelesaikan masalah hidung berair atau membersihkan rongga hidung adalah satu terapi yang sering digunakan oleh individu yang menderita demam hay – yang kebiasaannya disebabkan alaharan, serta kerengsaan dan jangkitan sinus. Terdedah kepada laut dan persekitaran air laut, yang mengandungi garam, dipercayai dapat menyingkirkan simptom demam hay dan masalah sinus serta simptom berkaitan pernafasan yang lain.

Walaupun masih kurang bukti saintifik, individu yang kerap berenang atau menghirup udara dari air laut, cenderung mempunyai sistem pernafasan yang lebih sihat.

  1. Meditasi, menenangkan

Bersenam dalam persekitaran semula jadi terbukti memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan mental. Ini kerana ia mengabungkan manfaat bersenama dengan kesan pemulihan dari alam semula jadi. Berenang di lautan juga dapat memberikan manfaat yang hampir sama.

Hidroterapi (terapi air) dan berenang juga menunjukkan dapat mengurangkan simptom kemurungan dan kegelisahan. Kandungan magnesium dalam air laut dalam membuatkan anda lebih tenang. Individu yang menghidapi tekanan dalam kehidupan amat disarankan untuk mendapatkan rawatan ketenangan dengan air laut.

Individu yang mengalami masalah anemia juga digalakkan untuk mandi air laut kerana ia membantu menjadikan tekanan darah kepada tahap normal dan merawat rasa gemuruh. Sehari di pantai pasti dapat membuatkan anda tidur lebih lena dan memperbaiki emosi anda.

  1. Terapi air sejuk

Berenang dalam suhu air yang sejuk dapat mengaktifkan reseptor suhu di bawah kulit yang melepaskan hormon seperti endorfin, adrenalin dan kortisol. Amat sesuai untuk individu yang berdepan dengan keadaan musculoskeletal – satu keadaan dengan kesakitan kronik dan rasa sensitif di keseluruhan badan, dan masalah ketidakselesaan kulit.

  1. Menguatkan sistem imun

Jumlah sel darah merah akan meningkat antara 5-20% selepas berenang atau mandi di dalam laut. Jumlah sel darah putih juga meningkat dengan lebih banyak. Air laut adalah ubat yang sangat baik kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun yang lemah, anemia dan tahap kandungan gula dalam darah yang tinggi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan