backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Manfaat Ginkgo Biloba

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2018

    Manfaat Ginkgo Biloba

    Ginkgo biloba juga dikenali sebagai pokok maidenhair, adalah salah satu spesies pokok tertua di planet ini. Pokok ginkgo mempunyai ciri-ciri yang sangat unik. Ia mampu membesar lebih daripada 130 kaki dan boleh hidup selama lebih dari seribu tahun.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suplemen ginkgo telah menjadi semakin popular dan kini merupakan ubat herba terlaris. Ginkgo memainkan peranan penting dalam ubat tradisional Cina di mana daun ginkgo dan benihnya telah digunakan selama ribuan tahun. Ekstrak ginkgo biloba dikumpulkan dari daun hijau yang kering dan boleh didapati dalam ekstrak cecair, kapsul, dan tablet.

    Penggunaan ginkgo biloba dalam perubatan 

    Selama berabad-abad, pokok ginkgo dianggap telah pupus sehingga ia ditemui di China, di mana ia mula-mula digunakan dalam perubatan. Orang Cina mengambil ginkgo untuk manfaat kognitif dan untuk mengurangkan simptom asma, mereka juga makan kacang ginkgo kerana sifatnya “menguatkan”. Menurut Institut Penyelidikan Produk Asli, penggunaan tradisional ginkgo biloba lain termasuk:

    • Mengelakkan kencing malam
    • Meningkatkan tenaga seksual
    • Melegakan kerengsaan pundi kencing
    • Mengubati cacing usus
    • Merawat gonorea

    Menambahbaik memori, demensia dan Alzheimer

    Walaupun terdapat pelbagai “brain boosters” di pasaran , banyak bahan yang kebanyakannya tidak mempunyai penyelidikan untuk menyokong dakwaan peningkatan memori mereka.

    Menurut Dr Evangeline Lausier dari Pusat Perubatan Universiti Duke, ginkgo biloba adalah salah satu yang menunjukkan lebih menjanjikan daripada kebanyakan yang lain dan biasanya digunakan di Eropah untuk jenis demensia akibat aliran darah yang berkurangan. Ginkgo biloba cenderung memperbaiki aliran darah di dalam pembuluh kecil.

    Menurut Dr Adriane Fugh-Berman dari Fakulti Perubatan Universiti Georgetown, beberapa kajian meta-analisis dan tinjauan sistematik menunjukkan bahawa ginkgo biloba membantu untuk demensia sama seperti ubat-ubatan untuk merawat Alzheimer.

    Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa orang yang mengalami demensia boleh mendapat manfaat daripada pengambilan ginkgo, walaupun lebih banyak kajian diperlukan. Antara manfaatnya termasuk:

    • Meningkatkan pemikiran
    • meningkatkan ingatan
    • Tingkah laku sosial lebih baik

    Suplemen tambahan lain untuk meningkatkan memori

    Berikut adalah beberapa suplemen memori lain yang mungkin juga mempunyai potensi, tetapi memerlukan lebih banyak kajian:

    • Asid lemak omega-3. Kajian mencadangkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 yang lebih tinggi daripada makanan seperti ikan air sejuk, tumbuhan dan minyak kacang, dan walnut sangat dikaitkan dengan risiko Alzheimer yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kajian menyeluruh yang membandingkan omega-3 untuk plasebo diperlukan untuk membuktikan manfaat ingatan daripada makanan tambahan ini.
    • Huperzine A. Ubat semulajadi ini berfungsi dengan cara yang sama seperti ubat Alzheimer. Tetapi lebih banyak bukti diperlukan untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya.

    • Acetyl-L-carnitine. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa asid amino ini mungkin membantu pesakit Alzheimer dengan masalah ingatan. Ia boleh memberikan manfaat yang lebih besar kepada orang yang mempunyai peringkat awal dan kadar penyakit yang cepat.

  • Vitamin E. Walaupun vitamin E nampaknya tidak mengurangkan risiko perkembangan Alzheimer, ia mungkin melambatkan perkembangannya. Kajian terkini telah menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan risiko kematian pada orang yang tidak sihat yang mengambil vitamin E yang tinggi, jadi pastikan berunding dengan doktor sebelum mengambil makanan tambahan ini.
  • Ginseng Asia (atau Panax). Herba yang kadang-kadang digunakan dengan ginkgo biloba. Ginseng Asia boleh membantu dengan keletihan dan kualiti hidup.

  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan