backup og meta

Bunga Raya Boleh Buat Anda Kurus! Nak Tahu Macam Mana, Baca Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/02/2024

    Bunga Raya Boleh Buat Anda Kurus! Nak Tahu Macam Mana, Baca Ini!

    Siapa yang tidak kenal dengan bunga raya? Ada pelbagai kegunaan dan khasiat bunga raya yang anda mungkin tidak tahu.

    Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Malah, ia merupakan bunga kebangsaan bagi negara kita, Malaysia.

    Selain daripada keindahan semula jadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan sangat penting yang mana telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India.

    Kegunaan dan khasiat bunga raya

    Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.

    1. Jaga rambut menggunakan bunga raya

    khasiat bunga raya

    Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang.

    Malah, ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.

    Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.

    2. Merawat demam dan sembelit

    Sejak dahulu lagi, bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan.

    Contohnya, orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.

    Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.

    Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.

    Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

    3. Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol

    Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi popular sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi atau hipertensi.

    Selain itu, khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolesterol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.

    Sebatian bioflavonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolesterol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.

    4. Khasiat bunga raya dalam membantu mengurangkan berat badan

    khasiat bunga raya

    Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan.

    Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.

    Apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat (penuh dengan gula dan kanji), mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan.

    Menurut pubmed.gov, bunga raya mengandungi bahan yang boleh menghalang pengeluaran amilase (kumpulan enzim yang dpt menukarkan kanji menjadi gula).

    Seseorang yang kerap minum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan.

    Jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.

    5. Meningkatkan sistem imun

    khasiat bunga raya

    Selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya juga mempunyai khasiat seperti berikut:

    • 1.145 g protein
    • 2.61 g lemak
    • 12.0 g serat
    • 1,263 mg kalsium
    • 273.2 mg fosforus
    • 8.98 mg besi
    • 0.029 mg karotena
    • 0.117 mg tiin
    • 0.277 mg riboflavin
    • 3.765 m niasin

    Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan