Ini 3 Sebab Anda Perlu Bergomol Dengan Kucing!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/04/2020 . 2 minit bacaan

Orang kita dahulu percaya bahawa jika terserempak dengan kucing yang berwarna hitam, maka kita akan ditimpa nasib malang. Eh, betul atau tidak kepercayaan ini? Atau sekadar tahyul? Tidak, sebenarnya kucing tidak membawa nasib malang malahan terdapat banyak manfaat bela kucing!

Bukan sahaja si comel ini boleh dijadikan bantal peluk  untuk digomol, malah ia juga adalah makhluk tuhan yang bagus untuk dijadikan pendamping agar kesihatan mental dan fizikal kita dapat terjaga dengan baik.

Jom sama-sama kita baca artikel ini dengan untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Kucing adalah haiwan yang istimewa!

haiwan kesayangan

Sebenarnya, kucing tidak kira apa warna sekalipun tidak sesekali akan membawa takdir buruk kepada anda. Sebaliknya, haiwan comel ini akan membawa pelbagai manfaat kepada anda termasuklah dari aspek kesihatan. 

Jadi, buat anda yang memang sudah atau ingin membelanya, jangan takut ya.

Kecomelan, kegebuan dan kelembutan haiwan berbulu ini sebenarnya akan memberi anda pelbagai kebaikan terutamanya dalam memperbaiki mood anda yang sering swing itu.

Berikut merupakan manfaat bergomol dengan kucing: 

#1. Ia membantu anda melupakan kehilangan

Kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah sangat menyakitkan. Buat anda yang mengalaminya, boleh cuba terapi membela haiwan peliharaan seperti kucing.

Hakikatnya, haiwan comel ini sangat membantu anda dalam mengatasi kesedihan yang dialami akibat kehilangan sesuatu atau seseorang yang disayang. Pendek kata, ia boleh dijadikan sebagai ‘teman pengganti’ anda.

#2. Ia membantu anda tidur lebih lena

Menurut kajian yang dijalankan di UK, kebanyakan orang terutamanya wanita lebih gemar tidur dengan haiwan berbulu ini berbanding pasangan sendiri. Apakah sebabnya?

Mayo Clinic Center menegaskan bahawa 41% daripada jumlah individu tersebut mempercayai bahawa mereka akan tidur lebih lena bersama haiwan kesayangan mereka. Tidak salah jika anda cuba, bukan?

kucing

#3. Ia membantu anda mencegah alahan

Jika anda sedang dalam penantian untuk kelahiran cahaya mata, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk membela kucing. Mengapa?

Menurut kajian National Institutes of Health pada 2002, bayi yang terdedah kepada haiwan berbulu ini lebih kurang risiko menghidapi alahan kelak.

Cuma pastikan kucing anda itu bersih sebelum bermain bersama si manja anda ya?

Manfaat bela kucing memang ada banyak! 

Kesimpulannya, membela haiwan berbulu ini memang mempunyai banyak manfaat kepada kita, lebih-lebih lagi pada aspek kesihatan!

Jadi, buat anda yang takut ditimpa nasib malang jika terserempak dengan kucing hitam, ubah persepsi anda. Daripada risau tentang tahyul seperti ini, baik anda sedekahkan haiwan comel ini dengan makanan atau belaian yang sudah tentu akan memperbaiki mood anda yang sering swing itu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Ini Cara TEPAT Menentukan Jantina Bayi

    Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ocd

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    anak mandi kolam

    Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan
    jalinan-kasih-antara-ibu-dan-anak

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan